Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata selepas menyaksikan pasukannya tersingkir dari saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Vietnam gagal menembusi benteng pertahanan Thailand pada separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Nasional semalam sekaligus agregat 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Pada sidang media selepas perlawanan, Hang-seo nyata tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata dan beliau juga enggan menjawab soalan berkenaan masa depannya sebagai ketua jurulatih Vietnam.

“Ketua jurulatih kepada pasukan yang kalah tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak tahu untuk bercakap buat masa ini.

“Rancangan mengenai masa hadapan saya masih belum fikirkan. Sebagai ketua jurulatih dalam saingan edisi kali ini, saya tidak harus mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu,” kata Park Hang-seo.

Vietnam melancarkan gerakan serangan sejak minit pertama permainan namun benteng pertahanan yang diisi oleh Manuel Tom Bihr dan Kritsada Kaman berjaya menyekat gerakan yang dilancarkan oleh barisan serangan The Golden Stars itu.

Pemain bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai menjadi pemain paling berbahaya buat skuad Gajah Perang dimana pemain itu mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol namun dinafikan oleh penjaga gol lawan iaitu Chatchai Bootprom dan penjaga gol gantian, Siwarak Tedsungnoen.

Keputusan 0-0 menyaksikan Thailand mara ke perlawanan akhir dan bakal bertemu pada 29 Disember dan 1 Januari nanti dan perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional.

Kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan akhir saingan edisi 2016 dimana Thailand berjaya memenangi perlawanan dengan agregat 3-2 sekaligus memenangi trofi kelima mereka dalam sejarah saingan.

Indonesia tampil cemerlang lebih dahulu apabila memenangi perlawanan akhir pertama dengan keputusan 2-1 namun Thailand berjaya bangkit pada aksi akhir kedua dengan memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:

Piala AFF 2020: Thailand Kental Bertahan Untuk Melangkah Ke Final

Yoshida Bangga Dengan Singapura, Tetap Terima Keputusan Pengadil

Piala AFF 2020: Aksi Penuh Drama Jadi Milik Indonesia Untuk Ke Final