Vietnam akan turun berdepan Malaysia tanpa kelibat pemain terbaik mereka, Nguyen Quang Hai yang digantung satu perlawanan setelah mengutip dua kad kuning.

Quang Hai dilayangkan kad kuning kedua dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada perlawanan menentang Indonesia semalam yang menyaksikan Vietnam menang dengan keputusan 4-0.

Namun ketiadaan Quang Hai nampaknya tidak menggusarkan ketua jurulatih, Park Hang-seo dimana beliau sudah mempunyai backup plan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Quang Hai.

“Kami tahu Quang Hai tidak dapat diturunkan. Ketiadaan beliau merupakan satu kehilangan bagi pasukan kami dari segi taktikal dan corak permainan.

“Namun kami sudah mempunyai perancangan untuk menggantikan beliau. Kami selalu mempunyai pelan B di semua posisi,” kata Hang-seo.

Park Hang-seo
Park Hang-seo menjadi arkitek utama di atas kejayaan pasukan Vietnam.

Menurut ketua jurulatih dari Korea Selatan itu, ketiadaan Quang Hai merupakan satu perkara yang baik untuk pemain itu sendiri kerana dia dapat berehat dan mempersiapkan diri sebelum perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Quang Hai boleh menumpukan perhatian untuk perlawanan menentang UAE. Beliau boleh berehat sekaligus dapat menampilkan prestasi cemerlang pada perlawanan menentang UAE nanti,” tambahnya.

Perlawanan antara Vietnam menentang UAE berkemungkinan besar menjadi penentu pasukan mana yang akan muncul sebagai juara kumpulan G.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Vietnam Hilang Khidmat Nguyen Quang Hai Berdepan Malaysia, Digantung Selepas Terima 2 Kad Kuning

Tan Cheng Hoe: Jangan Terpedaya Dengan Taktik ‘Angkat Beg’ Vietnam

Junior Eldstal Alami Kecederaan, Tidak Dapat Diturunkan Menentang Vietnam