Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo menegaskan adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab sekiranya beliau meninggalkan skuad The Golden Dragon dalam masa terdekat.

Masa depan Hang-seo bersama Vietnam mula menjadi bualan peminat bola sepak di negara tersebut apabila kontrak pengendali dari Korea Selatan itu akan tamat pada penghujung tahun ini dan beliau belum menandatangani kontrak baharu.

Menurut Hang-seo, beliau masih lagi belum mengecapi kejayaan yang cukup bersama pasukan yang ketika ini menghuni tangga ke-99 dalam ranking FIFA itu.

Park Hang-seo
Park Hang-seo

“Ramai pihak menjangka saya akan meninggalkan pasukan setelah meraih kejayaan. Itu boleh diterima. Tetapi saya rasa saya belum cukup berjaya bersama Vietnam. Piala AFF Suzuki hanya satu-satunya piala yang saya raih bersama pasukan ini.

“Saya tidak pasti berapa lama saya akan berada di sini. Namun, satu langkah yang tidak bertanggungjawab sekiranya saya meninggalkan pasukan sekarang,” kata Park Hang-seo menurut laporan Foxsport Asia.

Park Hang-seo
Sumber Gambar: Foxsport Asia

Tambah Hang-seo, beliau berterima kasih kerana Vietnam sudi meneruskan kerjasama bersamanya dan beliau turut mendedahkan telahpun memulakan rundingan untuk mendapatkan kontrak baharu.

“Rundingan akan bersambung semula pada Oktober ini. Saya harap ianya berjalan dengan lancar kerana saya mahu menjalankan kerja saya di sini, lebih daripada mana-mana pasukan. Satu penghargaan apabila anda berjaya menguruskan Vietnam kan?,” tambah Hang-seo.

Vietnam ketika ini menduduki tangga keempat dalam carta kumpulan G dalam saingan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan akan menerima kunjungan Malaysia pada 10 Oktober mendatang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Vietnam di sini:

Vietnam Umum 32 Pemain Awal Hadapi Malaysia Dan Indonesia Bulan Depan

Pemain Vietnam Ini Dilaporkan Terima Gaji Ke-4 Paling Tinggi Dalam Kelab SC Heerenveen