Menjelang pertemuan pasukan Vietnam dan Malaysia hari ini yang memang dinantikan oleh kedua-dua penyokong pasukan, ketua jurulatih Vietnam Park Hang-seo mengeluarkan satu kenyataan yang jelas dia mahukan kemenangan.

Dalam sidang media yang telah diadakan semalam, Park Hang-seo menjawab beberapa soalan yang diajukan kepadanya dan menggambarkan hanya kemenangan akan mengukuhkan halatuju pasukan ke peringkat seterusnya.

“Kami melakukan persiapan seperti biasa. Malaysia adalah salah sebuah pasukan yang kuat dan calon merangkulk kejuaraan, jadi kami perlu memberikan lebih tumpuan. Dalam pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 yang lalu, mereka (Malaysia) banyak melakukan pertukaran pemain. Kami akan melakukan persiapan terbaik untuk perlawanan ini.”

“Sebelum ini, pasukan Vietnam telah berdepan Malaysia sebanyak 5 kali tanpa sebarang kekalahan. Bagaimanapun, keputusan ini hanya mencerminkan proses. Mereka masih Malaysia dan perlawanan seterusnya mungkin berbeza.”

“Ketika ini, saya tidak boleh menjelaskan berapa banyak keyakinan kami tetapi seluruh pasukan melakukan persiapan rapi dan bekerja keras untuk setiap perlawanan.

Ketika ditanya mengenai pendekatan yang mahu digunakan sama ada bermain secara cantik atau mendapatkan keputusan yang positif, bekas pembantu Guus Hiddink di Piala Dunia 2002 itu dengan jelas menyatakan pendiriannya.

“Saya hanya memberikan fokus kepada keputusan dan tidak peduli bagaimana cara untuk menang esok.”

Apakah Park Hang-seo akan terus mempertahankan rekod tanpa kalah beliau berdepan pasukan dari Asia Tenggara sejak mengambil alih pasukan Vietnam beberapa tahun lalu atau Tan Cheng Hoe akan memecahkan rekod tersebut malam ini?

Sama-sama kita nantikan apakah keputusan akhir selepas tamat 90 minit aksi yang bermula jam 8.30 malam nanti.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Tender Sediakan Makanan 2 Kali Sehari, Pemain Vietnam Boleh Pilih 100 Menu Sepanjang Piala AFF 2020

‘Tahi Judi’ Ini Bengang Malaysia Menang Besar, Dakwa Laos Jual Perlawanan Di Singapura

Kedutaan Vietnam Di Singapura Hantar Meja Pingpong Ke Hotel Untuk Elak Pemain Vietnam Mati Kutu

Sumber