Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo menyahut seruan Perdana Menteri Vietnam untuk turut membantu memberikan sumbangan untuk tabung pencegahan COVID-19 yang telah dilancarkan sebelum ini.

Sebanyak USD5,000 atau sekitar RM21,667 telah didermakan kepada tabung tersebut dan majlis bagi menghargai tindakan bekas pembantu Guus Hiddink itu telah diadakan tengahari semalam.

“Ketika ini, VIetnam dan seluruh dunia sedang berhempas pulas setiap hari melawan korona virus. Saya hanya mempu untuk bergerak dari rumah ke pejabat VPF sahaja. Hari ini saya berada disini untuk memberikan sumbangan yang kecil tetapi diharapkan dapat membantu mereka yang menjadi mangsa.”

hlvpark

“Saya juga akan terus terlibat secara aktif memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukannya dimasa depan. Kita perlu bersatu untuk menamatkan isu wabak COVID-19 ini.

Minggu lalu, dilaporkan Park Hang-seo baru sahaja membeli sebuah kediaman baru beliau di Vietnam untuk tinggal bersama keluarganya walaupun kediaman untuk ketua jurulatih pasukan bola sepak Vietnam telah disediakan oleh VFF.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

Nguyen Quang Hai Dikecam Teruk Oleh Netizen Vietnam Kerana ‘Tayang’ Mercedes Berharga RM400,000

Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun

 

 

Sumber