Kem skuad kebangsaan Vietnam nampaknya berdepan masalah besar apabila dilanda isu kecederaan pemain utama sekali lagi.

5 minggu menjelang saingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan diadakan di Dubai, Park Hang-seo terpaksa akur hilang tonggak utama dibahagian tengah iaitu Nguyen Trong Hoang selepas pemain itu mengalami kecederaan otot paha kiri ketika beraksi dalam perlawanan liga domestik.

Berdasarkan laporan media Vietnam, otot quadriceps kiri Nguyen Trong Hoang terkoyak dan selepas pemeriksaan dilakukan, sekitar 8 minggu diperlukan untuk kembali pulih.

Sebelum ini, Park Hang-seo telah hilang khidmat pemain tengah utamanya iaitu Do Hung Dung apabila pemain itu mengalami kecederaan patah kaki ketika beraksi untuk kelabnya dalam saingan V.League.

Kem latihan skuad kebangsaan Vietnam akan bermula pada 10 hingga 18 Mei 2020 di Quy Nhon, sebelum bergerak ke Hanoi untuk sesi seterusnya sehingga 26 Mei.

Mereka dijangka akan terbang 4 hari lebih awal ke Dubai untuk menjalani latihan seterusnya menjelang perlawanan berdepan Indonesia (7 Jun), Malaysia (11 Jun) dan UAE (15 Jun).

Juara kumpulan dalam pusingan kelayakan 2 ini akan layak automatik ke pusingan kelayakan 3 bersama-sama 4 naib juara terbaik dari 8 kumpulan, menjadikan 12 pasukan yang akan berebut 4 slot ke Piala Dunia 2022 serta 1 slot play-off.

Selain itu, semua 12 pasukan yang berada dalam kelayakan 3 Piala Dunia 2022 ini juga secara automatik layak ke peringkat kumpulan saingan Piala Asia 2023.

Perlawanan Bertemu Kuwait Berstatus ‘Practice Match’ Sahaja, Tiada Kesan Kepada Mata FIFA Ranking Malaysia

TERKINI: Kedah Dalam ‘Kumpulan Maut’ AFC Cup 2021 Zon ASEAN, Terengganu Miliki Laluan Selesa

Hampir 1,000 ‘Joyah’ Terjual Dalam Tempoh 19 Hari, Bukti Kelab Bola Sepak Mampu Pacu Ekonomi IKS