Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo mempertahankan persembahan ‘nakal’ yanh ditampilkan oleh salah seorang pemain pertahanannya, Doan Van Hau dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Menjelang aksi separuh akhir kedua menentang Indonesia di Stadium My Dinh hari ini, ketua jurulatih skuad Garuda, Shin Tae-yong memuat naik aksi brutal Van Hau ketika separuh akhir pertama di laman Instagram beliau.

Perkara ini mendapat perhatian, Le Huy Khoa yang merupakan penterjemah kepada Hang-seo dimana Hyu Khoa kesal dengan tindakan Tae-yong itu.

Hang-seo kemudiannya mempertahankan tindakan Van Hau dimana beliau menganggap bekas pemain Heerenveen sebagai pejuang.

“Semangat pemain Vietnam telah merasuk seluruh pasukan. Setiap pemain akan melangkah ke dalam padang seperti pejuang, memberikan segalanya dan tidak mudah untuk menyerah kalah.

“Stadium My Dinh akan menjadi saksi kami mencipta sejarah,” kata Park Hang-seo.

Doan Van Hau menjadi sorotan peminat bola sepak Asia Tenggara selepas aksi kotornya ketika menentang Malaysia dalam saingan peringkat kumpulan dan juga Indonesia.

Van Hau kekasaran ke atas salah seorang pemain Indonesia, Dendi Sulistyawan ketika perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno.

Dalam video di atas, kelihatan Van Hau melakukan terjahan dua kaki ke atas Dendi namun pengadil tidak melayangkan sebarang kad ke atas pemain itu walaupun terjahan yang dilakukan boleh mendatangkan kecederaan serius kepada Dendi.

Selain itu, peminat skuad Garuda turut tidak berpuas hati kerana selain Van Hau tidak dilayangkan sebarang kad, pemain itu turut melakukan simulasi dimana beliau turut terjatuh dan berpura-pura mengalami kecederaan.

Selain Dendi, seorang lagi pemain Indonesia, Ricky Kambuaya turut menjadi mangsa kepada permainan kotor Doan Van Hau dalam insiden ketika penghujung permainan.

Sebelum ini, ketika aksi kumpulan B menentang Malaysia, Azam Azmi Murad menjadi mangsa terawal Van Hau sehingga menyebabkan pemain Terengganu itu dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Van Hau menyiku Azam di bahagian dada pada separuh masa pertama namun pengadil ketika perlawanan tersebut, Ryuji Sato tidak melayangkan sebarang kad dan tidak memberikan sepakan penalti kepada Malaysia.