Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo telah memanggil seramai 27 pemain sebagai persiapan bagi menghadapi kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula pada bulan hadapan.

Beberapa pemain yang beraksi bersama pasukan ketika The Golden Stars memenangi Piala AFF Suzuki tahun lalu seperti Que Ngoc Hai, Nguyen Anh Duc, Dang Van Lam dan pemain yang beraksi dalam saingan Liga Belgium, Nguyen Cong Phuong menepati ramalan apabila nama mereka disenaraikan.

nguyen cong phuong
Nguyen Cong Phuong

Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil oleh Park Hang-seo:

Penjaga Gol: Dang Van Lam (Muangthong United), Nguyen Tuan Manh (Sanna Khanh Hoa BVN), Pham Van Cuong (Quang Nam)

Pertahanan: Do Duy Manh, Tran Van Kien, Nguyen Thanh Chung, Doan Van Hau (Ha Noi FC), Vu Van Thanh (HAGL), Que Ngoc Hai, Bui Tien Dung (Viettel), Nguyen Huu Tuan, Lam Anh Quang (TP.HCM), Do Thanh Thinh (SHB Da Nang)

Pemain Tengah: Pham Duc Huy, Do Hung Dung, Nguyen Quang Hai (Ha Noi FC), Nguyen Tuan Anh, Luong Xuan Truong, Nguyen Phong Hong Duy (HAGL), Nguyen Huy Hung (Quang Nam), Nguyen Trong Hoang, Nguyen Hoang Duc (Viettel)

Penyerang: Nguyen Anh Duc, Nguyen Tien Linh (Becamex Binh Duong), Nguyen Van Toan (HAGL), Nguyen Cong Phuong (Sint-Truiden), Ha Minh Tuan (Quang Nam)

Dalam saingan peringkat kelayakan kali ini, Vietnam diletakkan dalam kumpulan G bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tiga lagi seterus di rantau Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Vietnam akan memulakan kempen kelayakan menentang Thailand di Stadium Thammasat pada 5 September ini. Pada 10 Oktober, Vietnam akan melayani kunjungan Malaysia di Stadium Nasional Mỹ Đình.