Selepas saingan bola sepak di Vietnam membuka kembali aksi kira-kira 3 hari yang lalu, beberapa perlawanan membabitkan pemain-pemain utama skuad kebangsaaan negara itu telah diperhatikan dengan penuh teliti oleh Park Hang-seo.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh portal bola sepak negara itu – TheThao247, reaksi awal pengendali skuad kebangsaan Vietnam itu terhadap prestasi yang dipamerkan oleh pemain-pemainnya amat mengecewakan dan beliau sudah mula gelisah.

Video-highlight-tran-Nam-dinh–HAGL-Nuoi-tiec-Van-Toan-2-ban-dang-cap-dgryyyu-1590240418-157-width660height451
Nguyen Tuan Anh dan Van Toan(dalam gambar no.9) juga gagal meninggalkan impak kuat kepada Park Hang-seo.

Ketumpulan aksi pemain dibahagian serangan menjadi fokus utama Park Hang-seo selepas beliau serta pembantunya sebelum ini cuba menerapkan formasi serta taktikal baru yang dirasakan lebih efektif dan tidak diketahui lawan tetapi melihat kepada aksi awal itu, beliau bimbang pemain-pemain tidak mampu untuk melaksanakan perancangannya.

page
Nguyen Cong Phuong dan Nguyen Tien

Mungkin ramai peminat bola sepak Vietnam yang merasakan pemain-pemain masih belum ‘panas’ selepas terpaksa berhenti bermain seketika akibat penularan virus, tetapi melihat kepada perspektif Park Hang-seo, beliau tidak menjangkakan pemain akan ‘lemau’ ke tahap sekarang.

Nguyen Cong Phuong dan Nguyen Tien Linh adalah 2 prospek utama barisan serangan yang menjadi perhatian Park Hang-seo, tetapi disebabkan aksi yang ‘lemau’ beliau kini dikatakan mahu melihat aksi Mac Hong Quan, Ha Minh Tuan dan Xuan Nam sebagai alternatif untuk menerajui serangan skuad kebangsaan Vietnam.

Prestasi Nguyen Cong Phuong dilaporkan masih gagal menjaringkan sebarang gol untuk Ho Chi Minh City FC selepas 5 perlawanan untuk kelab itu amat memeningkan pengendali dari Korea Selatan itu bagi mencari resipi padu menentang Malaysia tidak lama lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

FA Thailand Sasar Kedudukan Top 100 FIFA Ranking Jika Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022.

Media Indonesia Laungkan Hanya Vietnam Mampu Halang Mereka Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020.

Bapa Wan Kuzri Beri ‘Lampu Hijau’ Dan Jelaskan Tiada Masalah Dokumentasi Untuk Sertai Skuad Malaysia Dalam Kejohanan AFC B-19

Sumber