Meskipun meraih kemenangan ketika berdepan pasukan Indonesia dalam perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, namun jurulatih Vietnam, Park Hang-seo seolah-olah kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemainnya.

Menurut Hang-seo, pemainnya melakukan kesilapan dengan membenarkan Indonesia menjaringkan satu gol pada penghujung perlawanan sekaligus gagal untuk meraih clean sheets.

Park

“Kami telah membuat kesalahan. Akan tetapi, kami juga mampu untuk memanfaatkan kesilapan pasukan lawan dan diterjemahkan terhadap jaringan.

“Namun ini adalah permainan bola sepak. Sukar untuk kami menjangkakan apa yang bakal berlaku. Apa yang pasti, kami akan melakukan penilaian tentang perkara yang terjadi pada perlawanan ini dan memastikan segala kesilapan tidak berulang pada masa akan datang,” kata Park Hang-seo.

Park

Do Duy Manh. Sumber Gambar: thertao247

Tiga gol yang diperoleh Vietnam dijaringkan oleh Do Duy Manh, Que Ngoc Hai dan Nguyen Tien Linh manakala satu gol sagu hati yang diperoleh Indonesia dijaringkan oleh pemain gantian, Irfan Bachdim.

Kemenangan ke atas Indonesia membolehkan Vietnam menduduki tangga kedua kumpulan G di belakang Thailand dengan kutipan tujuh mata. Thailand turut mempunyai tujuh mata namun mereka menduduki tangga pertama setelah dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Indonesia kekal di tangga tercorot dan peluang mereka untuk mara ke pusingan ketiga sudahpun tertutup rapat kerana sehingga kini mereka masih gagal untuk meraih sebarang mata.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Vietnam di sini:

3 Mata Penuh Buat Vietnam Di Bali, Garuda Terus Kekal Tanpa Sebarang Mata

Malaysia Hilang 7.63 Mata FIFA Ranking Selepas Tumpas Kepada Vietnam

Park Hang-seo Gembira Vietnam Kekalkan Rekod Baik Menentang Malaysia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group