Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mahu anak-anak buahnya berhati-hati dengan kelibat pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin menjelang perlawanan pertama peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara kedua-dua pasukan pada 5 September ini di Stadium Thammasat.

Vietnam menjadi antara pasukan Asia Tenggara pilihan dalam kumpulan G untuk mengiringi Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mara ke peringkat seterusnya memandangkan mereka merupakan juara Piala AFF Suzuki 2018. Namun, Hang-seo memberi amaran bahawa Chanathip bakal menjadi ancaman terbesar untuk pasukannya.

Park Hang-seo

Park Hang-seo

Ketika ini Thailand mempunyai tiga pemain yang beraksi di J1 League termasuk Chanathip, Theerathon Bunmathan dan Thitipan Puangchan. Chanathip tidak beraksi ketika kejohanan King’s Cup namun kami telah memerhatikan beliau ketika temasya Piala Asia awal tahun ini.

Kami juga menonton video Chanathip beraksi. Saya boleh katakan Vietnam perlu berwaspada dengan kelibat beliau di atas padang,” kata Hang-seo menurut laporan Bangkok Post.

Pada masa yang sama, ketua pasukan Vietnam, Que Ngoc Hai berkata tahap keyakinan pasukan kini berada di tahap tertinggi dan tekanan berdepan Thailand nanti tidak akan memberikan kesan terhadap pemain.

Que Ngoc Hai

Que Ngoc Hai. Sumber Gambar: Foxsport Asia

Tahap keyakinan pasukan berada di tahap tertinggi. Apa yang penting ialah kita mengekalkan solidariti antara pemain dan sentiasa mempunyai pemikiran mahu memenangi perlawanan.

Vietnam mempunyai pengalaman beraksi pada perlawanan besar di peringkat antarabangsa. Tekanan daripada peminat tuan rumah tidak akan memberikan kesan terhadap kami. 27 pemain yang dipanggil kali ini merupakan pemain terbaik dan saya yakin dengan kemampuan rakan sepasukan.

Selepas menghadapi Thailand, Vietnam akan berdepan Malaysia pada 10 November di laman sendiri manakala Thailand pula akan menjamu Indonesia.

Baca artikel lain mengenai persiapan pasukan Vietnam di sini:

Park Hang-seo Panggil 27 Pemain Sertai Pasukan Kebangsaan Vietnam

Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group