Meskipun perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda ke tahun hadapan, namun perlara tersebut tidak menghalang ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo untuk mempersiapkan pasukan lebih awal.

Fokus utama Hang-seo adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan juga mentaliti para pemain kerana beliau melihat pemain Vietnam dilihat kurang bernafsu terutamanya setelah memenangi Piala AFF Suzuki 2018 dan pingat emas Sukan SEA 2019.

Park Hang-seo
Sumber Gambar: AFF

“Jarak kelajuan rata-rata pemain di liga berkelas dunia ialah sepanjang 500 meter tetapi pemain saya hanya mampu mencatat sebanyak 300 meter. Perkara ini sekaligus membataskan pergerakan pemain khususnya di dalam kawasan penalti.

“Masalah lain ialah mentaliti. Kami telah menjuarai Piala AFF dan pingat emas Sukan SEA dan sejak itu, pemain tidak lagi bernafsu. Saya akan menyelesaikan masalah ini dengan memanggil pemain baharu bagi bersaing dengan pemain lama,” kata Hang-seo.

The Golden Dragons kini menghuni tangga teratas dalam carta kumpulan G peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dimana mereka mempunyai kelebihan dua mata dihadapan Malaysia yang menduduki tangg kedua dengan perolehan 9 mata.

Baca artikel lain mengenai Park Hang-seo dan skuad kebangsaan Vietnam di sini:

Park Hang-seo Tidak Gembira Dengan Tindakan VFF Potong Gajinya

Vietnam ‘Gelabah’ Hilang Kelebihan Selepas Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Ditunda

Phan Van Duc: Malaysia Dan Indonesia Tidak Setanding Vietnam