Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo mahu pemainnya untuk lebih fokus setelah mengesahkan tempat dalam saingan kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2022.

Setelah menamatkan tempoh kuarantin, Hang-seo menulis surat kepada pemain dan staf kejurulatihan dimana beliau berterima kasih kepada semua pihak kerana telah berjuang untuk melayakkan diri ke kelayakan pusingan ketiga sekaligus mencatat sejarah tersendiri bagi bola sepak negara itu.

“Dalam tiga perlawanan kelayakan yang dihadapi, kita semua telah bersatu dan bekerja keras sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir kelayakan Piala Dunia 2022. Saya sangat gembira dengan pencapaian yang kita telah raih.

“Apa yang penting, semua ahli pasukan perlu lebih fokus, baik dari segi fizikal, keinginan dan juga taktikal pasukan. Jika kita bersatu dan meneruskan kerja keras seperti sebelum ini, saya percaya Vietnam akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” kata Park Hang-seo.

Vietnam menduduki tangga kedua dalam kumpulan G dibelakang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan perolehan 17 mata sekaligus menjadi antara pasukan di tangga kedua terbaik dalam saingan kelayakan pusingan kedua.

Selain itu, juara Piala AFF Suzuki 2018 itu menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Kaya FC Tewaskan Shanghai Port, Kumpulan F Saingan ACL Dihuni 3 Kelab Asean

J. Partiban Nasihatkan Pemain Muda Berhijrah Ke Pasukan Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan

Jordan Mintah Buru Anugerah Kasut Emas Dengan Rekod 30 Gol

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group