Ketua jurulatih skuad Vietnam U23, Park Hang-seo tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas pasukan itu muncul juara acara bola sepak Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Manila semalam.

Kejayaan itu juga merupakan pingat emas pertama bagi pasukan Vietnam dalam acara bola sepak sepak selepas mencuba selama 60 tahun, dan kali terakhir mereka menjuarainya pada edisi 1959 ketika itu menggunakan nama Vietnam Selatan.

‘Korea Strategist’ merupakan gelaran yang diberikan kepada Park Hang-seo, turut mendedahkan bahawa rahsia kejayaan skuad Vietnam U23 itu sebenarnya adalah ‘fighting spirit’ yang ada dalam setiap jiwa pemain Vietnam diatas padang.

d4s5539-copy-1575994818663986023746
Sejak edisi 1959, Vietnam gagal menjuarai acara bola sepak Sukan SEA walaupun 7 kali berada dalam perlawanan akhir. Park Hang-seo membutirkan pingat emas selepas 60 tahun.

“Pertama sekali, saya mahu memberikan kejayaan ini kepada semua rakyat Vietnam, semua yang cintakan bola sepak Vietnam, Persatuan Bola Sepak Vietnam dan semua kelab. Jujurnya, saya juga mahu kejayaan ini ditujukan bukan sahaja kepada pemain, tetapi juga untuk semua staf kejurulatihan yang sentiasa membantu pasukan.

“Ketika saya dilantik sebagai ketua jurulatih Vietnam, saya mempunyai impian untuk menjuarai kejohanan tertinggi di Asia Tenggara bersama pasukan Vietnam dan juga pingat emas Sukan SEA. Dan ini adalah kejayaan yang kita capai selepas 60 tahun.

“Sebenarnya, kejayaan ini adalah merit dari orang terdahulu dan juga senior yang telah berkerja keras sehingga hari ini.

parkhangseo-thedo
Park Hang-seo dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan selepas membantah keputusan pengadil ketika perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2019.

Park Hang-seo turut menjelaskan bahawa selepas ini skuad Vietnam U23 akan terbang ke Korea Selatan untuk menjalani latihan untuk persiapan pasukan menghadapi kejohanan AFC U23 2020 di Thailand.

Kejayaan dalam acara bola sepak Sukan SEA ini juga menjadikan Park Hang-seo masih lagi kekal memegang status ‘unbeaten’ dirantau Asia Tenggara sejak dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam selepas 23 perlawanan bertemu dengan negara-negara ASEAN termasuk Sukan SEA 2019.

Baca juga artikel menarik mengenai pasukan Vietnam yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN

Vietnam Dijangka Kekal Sebagai Pasukan ASEAN Tunggal Dalam Senarai Top 100 Dunia FIFA Ranking

Doan Van Hau Dan Nguyen Quang Hai Disenaraikan Dalam Skuad Sukan SEA Vietnam