Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo memberi bayangan akan letak jawatan jika gagal membawa pasukannya melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dan mara ke Piala Asia 2023 secara automatik.

Beliau mengakui peminat bola sepak Vietnam kini letak harapan tinggi kepadanya dan tugas sukar sedang menanti anak buahnya menjelang perlawanan menentang Indonesia, Malaysia dan UAE.

“Saya warga Korea yang sedang mengendalikan pasukan kebangsaan Vietnam. Kalau tidak dapat keputusan yang bagus, saya akan kemas beg dan pulang ke rumah. Itu tidak dapat dielakkan.

“Oleh itu, saya ingin mewujudkan keyakinan dalam diri saya dan para pemain mengenai matlamat yang harus kita capai,” katanya dalam portal bola sepak Vietnam, Bongdaplus.

hlv-park-hang-seo-kich-hoat-gia-han-hop-dong-vff-cu-cho-tin-vui
FOTO: Vietnamnet.

Vietnam hanya perlukan keputusan seri dan menang untuk menempah tiket ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Park Hang-seo menyifatkan perlawanan menentang Malaysia paling sukar berbanding lawan lain.

“Berdasarkan jadual lama, kami sepatutnya beraksi di Malaysia dihadapan 80,000 penyokong. Ia adalah pengalaman yang cukup menakutkan namun beraksi di UAE sama saja kecuali bertemu tuan rumah.

“Walaupun kami akan menentang UAE dihadapan ratusan penyokong tuan rumah, tetapi itu tidak menjadi masalah,” jelasnya.

Pasukan itu dijadualkan menentang Indonesia pada hari selasa, 8 Jun ini dan menyasarkan untuk mengutip 3 mata penuh sebelum bertemu Malaysia pada 12 Jun. Park Hang-seo turut memberi amaran kepada pemainnya agar tidak memandang rendah dengan kemampuan lawan.

“Saya menumpukan seluruh tenaga saya untuk perlawanan menentang Indonesia, kemudian saya akan melihat keputusan perlawanan lain sebelum bertemu Malaysia.

“Kita tidak boleh duduk di sini dengan mengatakan bahawa kita boleh melakukan ini dan itu, kita harus berusaha. Kami adalah pasukan yang selalu berwaspada, selalu berada dalam misi yang sama, dengan tujuan yang sama,” tegasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Van Marwijk Tak Mahu UAE Terlalu Selesa, Anggap Cabaran Baru Bermula

Shin Tae-yong Yakin Indonesia Akan Kalahkan Vietnam

Tiga Kelab A-League Tarik Diri Daripada Saingan AFC Champions League 2021