Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo sudah mula memikirkan strategi ampuh bagi menghadapi 3 perlawanan terakhir kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini.

Vietnam dijadualkan bertemu Malaysia pada bulan Mac depan namun ia dijangka akan ditunda pada bulan jun dimana perlawanan akan berlangsung secara karnival di Dubai, UAE.

Sebagai persiapan menghadapi perlawanan itu, Park Hang-seo sempat meluangkan masa mengkaji beberapa taktikal yang diamalkan oleh kelab eropah.

Beliau melihat corak permainan Arsenal dan kelab Jerman, RB Leipzig sangat sesuai dengan pasukannya kerana mementingkan peranan 3 pemain tengah diatas padang. Ini kerana formasi 4-3-3 menjadi pilihan beliau dalam perlawanan antarabangsa.

“Saya selalu menonton perlawanan bola sepak Inggeris dan Sepanyol tetapi saya tidak berniat untuk menjadi seperti mereka.

“Ketika di Korea, saya belajar dengan kelab Arsenal. Baru-baru ini, saya juga menonton aksi kelab jerman, Leipzig yang dibimbing oleh jurulatih muda, (Julian Nagelsmann yang berusia 33 tahun).

“Sebab utama saya membuat kajian mengenai pasukan ini dan kadang-kadang membincangkannya dengan rakan saya ialah kerana mereka juga menggunakan 3 pemain tengah dalam formasi pasukan,” katanya dalam bongdaplus.

Park
Park Hang-seo

Sebelum ini, Park Hang-seo sering menggunakan 3 pemain pertahanan iaitu formasi 3-5-2 yang membantu beliau mencatat pelbagai kejayaan dengan skuad Vietnam sejak tahun 2017.

Namun begitu, taktikalnya terpaksa diubah kali ini selepas mendapati beberapa tonggak pertahanan seperti Doan Van Hau mengalami kecederaan dan penggunaan 3 pemain tengah serta 4 pemain pertahanan sudah mula diamalkan dalam skuad bawah 22 tahun Vietnam.

“Semasa pemain dikumpulkan pada bulan Disember, saya bahagikan pemain kepada beberapa kumpulan, untuk membincangkan tujuan dan matlamat mereka dalam kejohanan pada tahun 2021.

“Bertemu Malaysia dan kemudian Indonesia serta UAE, semua pemain tekad untuk lakar sejarah mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

“Dan Piala AFF dijadualkan bermula pada 5 Disember 2021. Vietnam adalah juara bertahan, ada banyak pasukan lawan yang mencabar dan menjadi tugas kita untuk mengekalkan kejuaraan itu.

“Untuk bawah 22 tahun Vietnam, kami mempunyai 2 misi iaitu pusingan kelayakan Piala Asia B-22 pada bulan Oktober dan Sukan SEA 2021,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Vietnam melalui pautan dibawah.

Dang Van Lam Teruja Jadi Pemain Vietnam Pertama Beraksi Di J1

Vietnam Mulakan Latihan Pusat Skuad Kebangsaan, Atur 2 Perlawanan Persahabatan Sebelum Berdepan Malaysia

Media Vietnam Ini ‘Cincai Kira’ Kutip 6 Mata Lawan Malaysia Dan Indonesia, Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022