Kemenangan 1-0 ke atas Malaysia dalam perlawanan peringkat kumpulan G kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 nyata menggembirakan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo.

Hang-seo kekal menggunakan formasi yang beliau gunakan ketika memenangi saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu iaitu 3-4-3 dan perjudian beliau sekali lagi membawa hasil dimana Malaysia sukar untuk menepis gerakan serangan balas yang dilancarkan oleh pemain lawan.

Park
Park Hang-seo

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pemain kerana mereka menampilkan persembahan yang mantap pada perlawanan ini. Sebagai ketua jurulatih, saya bangga dapat membimbing pemain Vietnam. Jelas Malaysia lebih kuat berbanding saingan Piala AFF tahun lalu dimana mereka diperkuatkan dengan pemain naturalisasi dan pemain tengah yang mantap.

“Berbanding perlawanan lalu, mereka mempunyai tiga pemain baharu. Malaysia mengkaji corak permainan kami dengan mendalam dan begitu juga kami. Pemain telah melakukan tugas sesuai yang diarahkan meskipun kami hanya memenangi perlawanan dengan 1-0,” kata Park Hang-seo.

Park
Nguyen Quang Hai

Nguyen Quang Hai menjadi wira untuk Vietnam di mana beliau menjaringkan satu-satunya gol 3 minit sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan. Quang Hai bijak menyempurnakan peluang setelah Shahrul Saad gagal untuk memerangkap beliau dalam kedudukan ofsaid.

Namun, The Golden Dragons bakal kehilangan khidmat pemain tengah, Nguyễn Tuấn Anh yang mengalami kecederaan dimana beliau digantikan dengan Pham Duc Huy.

Kemenangan Vietnam semalam membawa mereka ke tempat ketiga dibelakang pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Thailand dalam carta kumpulan G.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Vietnam di sini:

Tan Cheng Hoe Tidak Hadiri Sidang Media Selepas Malaysia Tewas Kepada Vietnam

Jaringan Quang Hai Musnahkan Harapan Malaysia Kutip Tiga Mata Penuh