Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh sebuah portal Vietnam – TheThao247, Menteri Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan negara itu telah menghadiri satu mesyuarat untuk mendengar perkongsian dari ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo semalam.

Jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu yang digelar sebagai pakar strategi, telah membentangkan perancangan beliau berkaitan dengan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan baki perlawanan yang akan dilalui nanti adalah sangat penting dimana akan menentukan nasib pasukan dalam misi mencari slot ke Piala Dunia dan Piala Asia.

“Jika kita (Vietnam) menang keatas Malaysia, kita akan mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan dan akan membuka peluang yang lebih luas untuk layak ke pusingan seterusnya.”

park_bo_truong_

“Ini adalah fokus utama kita dan selepas itu ada baki 2 perlawanan lagi bertemu Indonesia dan UAE. Semua perlawanan ini juga adalah sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 yang akan berlangsung hujung tahun nanti.”

Portal sukan Vietnam itu seterusnya menyebut bahawa pasukan Malaysia telah ‘upgrade’ dengan membawa masuk beberapa pemain naturalisasi sebagai persiapan untuk perlawanan ini.

Di pihak Vietnam pula, mereka juga sebenarnya bimbang dengan situasi tersebut apatah lagi beberapa pemain tonggak utama pasukan kebangsaan mereka dibahagian pertahanan mengalami kecederaan yang panjang serta penggantungan namun dengan saingan liga negara itu yang akan bermula tidak lama lagi, ia mampu untuk membuatkan Park Hang-seo menarik sedikit nafas kelegaan.

nguyen_ngoc_thien_bo_truong

Menteri Nguyen Ngoc Thien serta pihak yang berkaitan akan memberikan sokongan padu kepada skuad Park Hang-seo dan pemain-pemainnya untuk menyelesaikan tugas selain melihat kepentingan kelayakan Piala Dunia dan AFF Suzuki Cup secara saksama.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

VFF Ikat Pengarah Teknikal Baru Dari Jepun, Gaji RM87,000 Sebulan Dengan Kontrak 5 Tahun

2 Pemain Thailand Berusia 16 Tahun Sah Sertai Skuad Remaja Kelab Bundesliga, Miliki Ketinggian 1.83 Meter

Reaksi: Pemain Naturalisasi Perlu Berkemampuan Bertutur Dalam Bahasa Kebangsaan Atau Tidak Sebenarnya?

Sumber