Peminat bola sepak Vietnam mula berasa bimbang apabila ketua jurulatih pasukan bola sepak negara itu, Park Hang-seo dilaporkan telah mendapat banyak tawaran untuk bimbing kelab K-League dan juga skuad kebangsaan Korea Selatan.

Park Hang-seo sangat popular di Korea dan beliau juga banyak membantu Vietnam meraih pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa termasuk berjaya menaikkan ranking FIFA negara itu dalam kedudukan 100 ke atas.

Laporan daripada media korea selatan mendedahkan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) telah mula merisik jurulatih itu sejak minggu lalu dan Park Hang-seo dipilih sebagai calon utama untuk menggantikan tempat jurulatih dari Portugal, Paulo Bento.

as-103802-1

Situasi itu turut mengejutkan para pemerhati bola sepak Vietnam dan mereka menyifatkan ketiadaan Park Hang-seo bakal menjejaskan peluang negara itu untuk layak ke pusingan ketiga kempen kelayakan Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun, Park Hang-seo melalui laporan dalam Vietnamnet menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan beliau mempunyai dua misi penting yang perlu dihadapi bersama skuad Vietnam pada tahun ini.

“Saya memahami tekanan dan menyedari tanggungjawab saya. Tidak mudah untuk memenuhi harapan peminat Vietnam. Tetapi saya akan berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata Park Hang-seo.

Pada Novermber 2019, Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah melanjutkan kontrak Park Hang-seo selama 3 tahun. Beliau juga merupakan jurulatih asing yang menerima gaji paling tinggi di negara itu.

Keseluruhan gajinya bukannya datang dari kantung VFF sendiri sebaliknya dibayar oleh Naib Presiden VFF, Bau Duc secara peribadi.

Untuk kontrak semasa pula, kantung VFF juga tidak terusik langsung kerana gaji baru USD50,000 atau RM217,000 sebulan itu dibiayai oleh beberapa syarikat swasta yang menjadi rakan rasmi kepada VFF.

hlv-park-hang-seo-kich-hoat-gia-han-hop-dong-vff-cu-cho-tin-vui
FOTO: Vietnamnet.

Bagi mengelakkan khidmat Park Hang-seo terlepas ke pasukan lain, VFF kini mewujudkan ‘klausa khas’ dalam kontraknya supaya dapat mengekalkan jurulatih itu untuk tempoh masa yang panjang.

Menurut Setiausaha Agung VFF, Le Hoai Anh, tiga bulan sebelum tamat kontrak, kedua-dua pihak akan duduk berbincang untuk menentukan masa depan.

Jika mereka mencapai persetujuan, kontrak Park Hang-seo dilanjutkan tanpa perlu menandatangani kontrak baharu tetapi jumlah gajinya tidak akan berubah tahun depan.

“Encik Park telah melakukan kerja yang bagus dan kami fikir tiada sebab untuk beliau menolak tawaran lanjutan kontrak,” kata Hoai Anh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Singapura Hantar Permohonan Rasmi Bida Hak Tuan Rumah AFC Cup 2021

Pengurus Arema Setuju Kejohanan Pra Musim Liga Indonesia Dinamakan Sebagai ‘Upin Ipin Cup’

RASMI: Portimonense SC Tandatangan Hirosawa Toki, Pemain Pertahanan Juara Sekolah Tinggi Jepun

RASMI: Pemain Naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi Sah Sertai Newcastle Jets