Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo telah dijatuhkan hukuman penggantungan perlawanan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.

Berdasarkan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak AFC itu, Park Hang-seo digantung 4 perlawanan persahabatan antarabangsa selepas didapati bersalah melanggar artikel 47, Kod Disiplin dan Etika AFC dimana menggunakan perkataan yang menghina pengadil sehingga diperintah keluar dari tempat duduk pemain simpanan ketika perlawanan bertemu Indonesia di Sukan SEA 2019.

Berikut adalah penjelasan rasmi yang dikelluarkan oleh pihak AFC terhadap Park Hang-seo;

  1. Park Hang-seo digantung 4 perlawanan persahabatan, termasuk 1 penggantungan automatik selepas beliau diusir keluar oleh pengadil pada 10 Disember 2019, ketika Vietnam bertemu Indonesia.
  2. Penggantungan 4 perlawanan ini akan dijalankan mengikut Artikel 38.2.4, Kod Disiplin dan Etika AFC.
  3. Park Hang-seo diarah membayar denda USD5,000 atau RM20,000 mengikut Artikel 49.2, Kod Disiplin dan Etika AFC.
  4. Denda tersebut hendaklah diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini dibuat mengikut Artikel 11.3 Kod Disiplin dan Etika AFC.
  5. Park Hang-seo telah dimaklumkan bahawa hukuman lebih berat akan dikenakan sekiranya kesalahan ini berulang.

Screenshot 2020-02-11 at 10.41.13 PM

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh pihak AFC ini, Park Hang-seo dijangka tidak ada masalah untuk bersama pasukan Vietnam ketika pasukan itu bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil bertemu Malaysia pada 31 Mac 2020 nanti.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

10 Pasukan Sah Bersaing Dalam ASEAN Club’s Championship 2020, Tiada Wakil Dari Malaysia Dalam Edisi Sulung

Perak FA ‘Panik’ Pembekal Jersi Bermasalah, Pihak Pengurusan ‘Kalut’ Cari Penyelesaian Menjelang Sepak Mula

Vissel Kobe: JDT Tidak Boleh Dipandang Sebelah Mata, Diramal Guna Formasi 3-4-2-1 Serta ‘Takumi’ Iniesta-Douglas Kunci Utama

Sumber