Pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Sains dan Teknologi Kyungnam bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Vietnam dengan Korea Selatan.

Menurut laporan Bongdaplus, dekan universiti tersebut iaitu Kim Nam Kyung mengiktirafkan hasil kerja keras jurulatih tersebut dalam menghadapi lawan yang lebih kuat sehingga memberi kejayaan kepada pasukan bola sepak Vietnam.

Kejayaan Park Hang-seo membawa pasukannya menjuarai Piala AFF dan pingat emas Sukan SEA serta menaikkan kedudukan ranking dalam kelompok 100 dunia turut menguatkan lagi hubungan dua hala di antara Vietnam dengan Korea Selatan.

Beliau sebelum ini turut dianugerahkan pingat pekerja terbaik kelas kedua oleh Presiden Republik Sosialis Vietnam – Nguyen Phu Trong.

Park-Hang-Seo-ung-ho-chong-dic-8921-1387-1585216351

“Saya sangat bangga dapat pingat ini. Ini adalah pingat pertama Vietnam yang diberikan kepada orang asing yang terlibat dalam sukan bola sepak.

“Saya difahamkan bahawa pingat ini mewakili pasukan jurulatih, pasukan logistik, pemain yang telah berusaha keras untuk memberikan keputusan yang baik sejak kebelakangan ini.

“Saya harus bekerja lebih keras lagi untuk memberikan lebih banyak kejayaan kepada pasukan bola sepak Vietnam,” katanya.

Beliau sebelum ini pernah diumumkan sebagai salah seorang calon dalam senarai Top 40 Forbes Korea Power Celebrity 2020.

Nama Park Hang-seo berada diranking ke 38 dari 40 selebriti tersohor di Korea Selatan dan hanya 3 orang dari dunia bola sepak ada dalam senarai tersebut iaitu Son Heung-min (ranking ke-4) dan Lee Kang-in (ranking ke-20).

Baca artikel lain mengenai Park Hang-seo yang pernah disiarkan oleh Vocket FC melalui pautan dibawah.

Pembantu Jurulatih Thailand Ejek Park Hang Seo Pendek, Vietnam Buat Aduan Rasmi Ke AFC

Park Hang-seo Tuju “3 Permintaan Khas” Kepada Kelab Vietnam, Demi 3 Perlawanan Penting Hujung Tahun 2020

Ini 2 Sebab Mengapa Malaysia Adalah Lawan Yang Paling ‘Sakit Kepala’ Untuk Park Hang-seo