Selepas tumpas kepada Jepun beberapa hari lalu, ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh portal sukan terkenal negara itu, ZingNews, mengakui bahawa pasukan bimbingannya itu hanya juara ‘Kolam ASEAN’ dan sukar untuk bersaing dengan gergasi Asia lain.

5 perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022, skuad yang dibawa oleh Park Hang-seo itu merupakan pasukan tunggal setakat ini yang masih gagal mengutip sebarang mata dari semua 12 pasukan yang layak.

“Ia tidak salah, kita telah terlalu selesa bermain dengan pasukan Asia Tenggara lain dan kenyataannya adalah tahap kita sekadar cukup untuk juara ‘kolam kampung’ ini.”

“Layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan, malangnya ia juga sebenarnya merupakan satu threshold.”

Menurut artikel itu lagi, pencarian pemain-pemain warisan atau naturalisasi tidak akan menjadi satu penyelesaian untuk mengatasi threshold ini dan kebergantungan kepada pemain-pemain muda juga masih jauh lagi.

Apa yang ada dalam tangan Park Hang-seo ketika ini adalah muka-muka lama dalam semua perlawanan tetapi sebaliknya pihak lawan dengan senang mampu mencari pemain-pemain yang mempunyai attribute yang diperlukan mengikut perlawanan.

Walaupun tidak dinyatakan secara umum, Park Hang-seo dan anak buahnya masih menaruh harapan tinggi untuk mengutip beberapa mata berdepan gergasi Asia lain. Tetapi, ia bukanlah satu ‘majlis jamuan’ untuk beginner seperti mereka, yang ‘hadir’ untuk mencari pengalaman hebat.

“Saya telah sampai ke sini (Vietnam) 4 tahun lalu, dari generasi pemain seperti Anh Duc, Tien Linh dan lain-lain. Skuad kebangsaan Vietnam tidak ada striker. Kelab V.League guna penyerang import sebagai pilihan utama.”

“Dalam skuad U22 Vietnam sekarang, tiada pemain yang berpotensi terutamanya diposisi striker. Bila masalah ini akan selesai, susah untuk saya jawab,”

Beliau mahu pemain-pemainnya dan juga penyokong untuk menerima ‘inilah tahap bolasepak Vietnam’.

“Ini fakta yang perlu diterima.”

Pasukan Vietnam akan menerima kunjungan Arab Saudi dalam perlawanan ke-6 di Hanoi pada hari Selasa, 16 November 2021 dimana sebelum ini mereka telah tewas dengan jaringan 1-3.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang

VFF Tabur Bonus Hampir RM100,000 Walaupun Kalah 0-1, Park Hang-seo ‘Stress Gila’ Sukar Dapatkan 1 Mata

Skuad Jepun Bawa Kelengkapan Latihan Seberat 8 Tan Ke Hanoi, ‘Flight Delay’ 12 Jam Di Rusia