Menjelang perlawanan menentang Malaysia dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia, ketua jurulatih pasukan Vietnam, Par Hang-seo menyuarakan kerisauan beliau mengenai jentera serangan pasukan lawan.

Menurut Hang-seo, barisan serangan Malaysia jauh lebih kuat berbanding ketika saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu dan beliau berpendapat trio serangan Norshahrul Idlan Talaha, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh akan menjadi ancaman besar kepada pasukannya pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh 10 Oktober ini.

Park Hang-seo
Park Hang-seo

“Pembantu jurulatih saya, Lee Young Jin menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lalu dan saya juga telah melihat sedikit cuplikan perlawanan tersebut.

“Daripada apa yang saya lihat, barisan serangan Malaysia jauh lebih bagus dan tajam berbanding ketika kami menghadapi mereka dalam saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu,” kata Hang-seo.

Tambah merunsingkan jurulatih dari Korea Selatan itu ialah krisis di bahagian serangan pasukannya dimana beliau menganggap jentera serangan Vietnam masih lagi tumpul. Setakat ini, jentera serangan Malaysia telah menjaringkan 20 gol berbanding dengan The Golden Dragon yang hanya mencatat tujuh gol.

Park Hang-seo
Sumber Gambar: FAM

Shahrel Fikri menjadi penjaring terbanyak dengan perolehan empat gol diikuti oleh Sumreh dan Safawi yang masing-masing mempunyai catatan tiga gol.

Selepas berdepan Malaysia, Vietnam akan terbang ke Bali bagi menghadapi pasukan Indonesia pada 15 Oktober ini. Ketika ini, juara Piala AFF Suzuki 2018 itu menduduki tangga keempat dengan kutipan satu mata sementara Malaysia menduduki tangga ketiga dengan kutipan tiga mata selepas dua perlawanan kempen kelayakan.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Vietnam di sini:

Vietnam Ketatkan Kawalan Keselamatan Stadium Nasional My Dinh, Lebih 30 CCTV Untuk Pantau Aktiviti Penyokong

Senarai Rasmi 23 Pemain Pasukan Vietnam Menjelang Perlawanan Bertemu Malaysia

Philippe Troussier Akan Persiapkan Generasi Baru Vietnam Untuk Layak Ke Piala Dunia 7 Tahun Lagi