Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo hari ini telah menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama barisan pembantu jurulatih, pasukan perubatan dan staff tambahan yang akan terlibat dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 bulan jun nanti.

Kerajaan Vietnam ketika ini memberi keutamaan suntikan vaksin kepada atlet negara itu yang akan ke luar negara untuk menghadapi beberapa kejohanan penting termasuk temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menurut laporan daripada Bongdaplus, skuad Vietnam akan berkumpul menjalani latihan pada pertengahan bulan Mei dan seramai 34 orang pemain akan dipanggil menyertai kem latihan tersebut.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah menyenaraikan 47 pemain yang akan mendapat suntikan vaksin COVID-19 mulai bulan April. Terdapat 5 frasa dalam pelan suntikan vaksin mereka.

Selain frasa pertama yang bermula hari ini, frasa kedua melibatkan 17 pemain daripada kelab Hanoi FC, Saigon, Binh Dinh dan Ha Tinh pada 8 April. Frasa ketiga pula akan bermula pada 9 April melibatkan 7 pemain kelab Hoang Anh Gia Lai dan frasa keempat pada 13 April melibatkan 16 pemain dari kelab Hai Phong, SHB Da Nang, B. Binh Duong, SLNA, Thanh Hoa, Ho Chi Minh City, Than Quang Ninh, Long An.

Frasa kelima dan terakhir pada 17 April melibatkan 5 pemain daripada Viettel FC yang akan beraksi dalam saingan AFC Champions League 2021.

Namun begitu, penjaga gol utama Vietnam, Dang Van Lam bakal menjadi pemain yang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 kerana beliau akan berhijrah ke Jepun menyertai kelab J-League, Cerezo Osaka.

Vietnam dijangka akan berangkat lebih awal ke UAE untuk membiasakan diri dengan keadaan cuaca panas sebelum menghadapi perlawanan menentang Malaysia, Thailand, dan UAE.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

UAE ‘Tibai’ India 6 Gol Tanpa Balas, Ali Mabkhout Cipta Hatrik Dan 2 Pemain Naturalisasi Sumbat Gol

Tiga Pasukan Berminat Atur Perlawanan Persahabatan Menentang Harimau Malaya

Chanathip Dan Theerathon Dapat Layanan “Special”, Tak Perlu Sertai Latihan Pusat