Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menganggap Emiriah Arab Bersatu (UAE) satu pasukan yang kuat menjelang perlawanan menentang pasukan itu pada Rabu ini.

Vietnam dan UAE akan berentap bagi merebut tempat pertama dalam kumpulan G sekaligus layak ke pusingan ketiga kelayakan dan temasya Piala Asia 2023 sebagai juara kumpulan.

Menurut Hang-seo, UAE mempunyai kelebihan dari beberapa sudut namun pasukannya akan memberikan cabaran kepada skuad bimbingan Bert van Marwijk itu.

Park Hang-seo

Park Hang-seo

“Saya telah menyaksikan mereka (UAE) beraksi ketika turun menentang Malaysia tempoh hari. Mereka merupakan satu pasukan dan lawan yang kuat.

Meskipun kami sedang mendahului kumpulan, UAE mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan skil. Akan tetapi, kami akan mencari cara untuk menewaskan mereka,” kata Hang-seo.

Vietnam ketika ini menjadi pendahulu kumpulan G dengan kutipan 17 mata, dua mata dibelakang UAE yang menduduki tangga kedua.

Thailand dan Malaysia masing-masing berada di tangga ketiga dan keempat dengan 9 mata manakala Indonesia kekal di tangga tercorot dengan satu mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Pilihan Pemain Isi Posisi Pertahanan Kiri Pada Aksi Menentang Thailand

Selangor Bawa Masuk Seorang Lagi Pemain Import Pinjaman Daripada Kelab Accra Lions

Park Hang-seo: Satu Perlawanan Yang Memenatkan, Tapi Pemain Terus Berjuang

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group