Ketua jurulatih skuad B-22 tahun Vietnam, dianggap wira oleh peminat bola sepak negara tersebut kerana berjaya mengembalikan zaman kegemilangan The Dragon Dragons dengan memenangi Piala AFF Suzuki dan membawa skuad B-23 tahun mara ke pentas akhir AFC B-23 pada 2018 lalu.

Meskipun mendapat segala pujian, namun ada perkara yang dirungutkan oleh pengendali dari Korea Selatan ini khususnya ketika mengendalikan pasukan dalam temasya Sukan SEA 2019 di Filipina. Menurut Hang-seo, jadual yang padat menyebabkan beliau perlu bekerja lebih keras bagi memastikan pasukan menampilkan prestasi terbaik.

Park Hang-seo

Park Hang-seo

“Sepanjang karier saya, saya tidak pernah menghadapi situasi yang memerlukan pasukan bimbingan saya untuk beraksi dua hari sekali sepertimana yang saya hadapi dalam temasya Sukan SEA kali ini.

“Saya harus melakukan perubahan pada setiap perlawanan demi memastikan pasukan meraih keputusan positif, mengelakkan pemain daripada mengalami kecederaan serta memastikan tahap kecergasan pemain berada dalam keadaan yang baik,” kata Hang-seo menurut laporan football5star.com.

Park Hang-seo

Nguyen Quan Hai

Keluhan Hang-seo ini diungkapkan setelah Vietnam mungkin kehilangan khidmat ketua pasukan, Nguyen Quan Hai pada perlawanan peringkat separuh akhir nanti apabil pemain itu terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika menghadapi Singapura semalam kerana mengalami kecederaan.

Quan Hai sebelum ini tampil dalam kesemua perlawanan yang melibatkan Vietnam dimana beliau membantu pasukan itu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat kumpulan B setakat ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Vietnam di sini”

Belum Terkalahkan, Vietnam Masih Bisa Gagal Lolos Ke Semifinal SEA Games 2019

Abaikan Vietnam, Ong Kim Swee Jagokan Indonesia Lolos Semifinal SEA Games 2019

Vietnam Dijangka Kekal Sebagai Pasukan ASEAN Tunggal Dalam Senarai Top 100 Dunia FIFA Ranking

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group