Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak media semalam bahawa beliau tidak akan memanggil Alexander Dang untuk menyertai skuadnya.

Pemain kacukan Norway-Vietnam itu yang berusia 29 tahun itu kini beraksi di posisi serangan bersama pasukan divisyen 1 liga Norway, FK Jerv telah dipantau oleh Park Hang-seo sendiri sebelum ini namun memutuskan tiada tempat untuk Alexander Dang ketika ini.

https://twitter.com/VietFooty/status/1189384075016101888?s=20

Banyak pihak yang teruja dengan status Alexander Dang sebagai pemain kacukan Vietnam yang beraksi eropah mampu menyumbang sesuatu kepada kekuatan pasukan kebangsaan Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Namun, selepas melakukan pemantauan sendiri awal tahun lalu, Park Hang-seo menjelaskan tiada keperluan untuk memanggil pemain itu kerana dia tidak akan memberikan apa-apa kelebihan kepada pasukan ketika menjawab soalan yang diajukan oleh media.

 

98

Dapat dilihat karakter beliau sebagai ketua jurulatih, Park Hang-seo tahu apa ramuan yang diperlukan untuk memacu kekuatan pasukan Vietnam yang telah dibentuk olehnya sendiri.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk tatapan anda semua.

Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN

Beberapa Kelab Jepun Dikatakan Sudah Mula Merisik Pemain Tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai

FC Tokyo Panggil Pemain Chiangrai United Untuk Sertai Sesi Percubaan Untuk Musim 2020