Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo kini sedang sibuk melakukan persiapan menjelang perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Walaupun ini merupakan kali pertama Vietnam layak ke pusingan akhir, mereka tidak mahu sekadar melengkapkan jadual perlawanan tetapi mahu mencabar pasukan-pasukan gergasi Asia lain untuk meneruskan misi mereka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Zing beberapa hari yang lalu, Park Hang-seo kini mempunyai barisan pembantu yang boleh dikatakan lengkap apabila secara keseluruhannya 6 individu dari Korea Selatan sedia memberikan khidmat yang diperlukannya dalam barisan kejurulatihan Vietnam.

lee2_zing
Photo: Minh Chien.

Lee Young-jin, pembantu paling kanan Park Hang-seo dalam skuad kebangsaan Vietnam dan boleh dianggap sebagai brain kepada apa yang dicapai oleh skuad itu beberapa tahun kebelakangan ini.

park_zing
Photo: Y Kien

Park Sung-gyun, merupakan seorang yang bertanggungjawab untuk memantau aspek fizikal skuad bawah 22 tahun dan juga skuad kebangsaan Vietnam. Beliau selalunya akan hadir ke perlawanan liga domestik untuk memerhatikan prestasi pemain-pemain untuk diserap kedalam skuad kebangsaan.

park choong kyun
Photo: Quang Thinh

Park Choong-kyun, adalah salah seorang yang dipanggil untuk membantu persiapan skuad kebangsaan Vietnam kali ini.

Beliau merupakan ketua jurulatih kelab Hanoi FC dan Park Hang-seo pernah bekerja bersamanya satu ketika dahulu.

kim3_zing
Photo: Quang Thinh

Kim Tae-min, pembantu Kiatisuk Senamuang di kelab HAGL dikatakan akan bertindak selaku Technical Analyst kepada Park Hang-seo ketika bertugas dalam kem skuad kebangsaan Vietnam.

Park Choong-kyun dan Kim Tae-min berada dalam barisan kejurulatihan kelab Hanoi FC dan HAGL, dimana kedua-dua kelab ini adalah penyumbang terbesar pemain kepada skuad kebangsaan Vietnam.

park_zing (1)
Photo: Minh Chien

Kelibat kedua-duanya dapat diperhatikan ketika mereka melakukan persiapan menjelang pusingan kelayakan 2 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum berlepas ke UAE tempoh hari.

kim_zing
Photo: Viet Hung.

Kim Hyun-Tae, jurulatih penjaga gol untuk skuad bawah 22 tahun dan juga skuad kebangsaan Vietnam akan meneruskan khidmat bersama Park Hang-seo.

Memetik laporan dari Zing, beberapa penjaga gol kebangsaan Vietnam menyatakan mereka gembira berlatih dibawah kendalian Kim Hyun-tae dan teruja dengan apa yang dilakukan oleh bekas pembantu jurulatih skuad Korea Selatan itu.

kim4_zing
Photo: Quang Thinh

Kim Han-yoon, beliau merupakan orang kanan Park Hang-seo dan banyak melakukan kerja-kerja subversive bersama skuad bawah 22 tahun Vietnam sebagai feeder kepada skuad kebangsaan dibawah Park Hang-seo.

Inilah mastermind sebenar skuad Vietnam yang berjaya membawa pulang pingat emas Sukan SEA 2019 dan akan meneruskan kerja-kerja bersama skuad bawah 22 tahun ketika Park Hang-seo dan Lee Ypung-jin sibuk bersama skuad kebangsaan.

Semua 6 pembantu dari Korea Selatan ini akan memberikan segala maklumat yang diperlukan oleh Park Hang-seo untuk merencanakan taktikal serta strategi menjelang perlawanan yang penting menggunakan resources yang mereka miliki secara maksimum.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Portal Sukan Turki Ini Kaitkan Perpindahan Radamel Falcao Ke JDT Sejak 10 Hari Yang Lalu

Presiden Sebuah Kelab Thai League 2 Rupanya ‘Tokan’ Dadah, Aset Bernilai Lebih RM19 Juta Dirampas

Masashi Motoyama: “Hanya JDT Miliki Fasiliti Setaraf Dengan Kelab Atasan J.League, Pasukan Lain Lebih Kurang Sama Sahaja.”

Sumber