Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain pertahanan Terengganu, Papé Diakité menjelaskan situasinya bersama pihak kelab setelah terdapat pertanyaan sama ada beliau kekal beraksi bersama pasukan itu pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Artikel Berkaitan:

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Pape membalas komen seorang peminat yang mahukan beliau untuk kekal bersama Terengganu musim hadapan namun pemain dari Senegal itu memberikan jawapan yang memberi bayangan beliau tidak akan kekal.

Papé Diakité Terengganu
Papé Diakité

“Ada semua kena faham yang saya tak nampak sebarang tawaran dari pasukan Terengganu. Saya rasa semua sudah jelas sekarang. Jadi ini bukannya dari saya. Terima kasih,” kata Pape.

Papé Diakité membantu kelab dari Pantai Timur itu menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua, mara ke perlawanan akhir Piala FA 2022 dimana mereka tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 3-1 dan melangkah sehingga ke peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia 2022 yang mana mereka tewas kepada Selangor.

Masa hadapan Pape bersama Terengganu menjadi tanda tanya setelah pengurus pasukan, Nafuzi Zain menolak untuk menandatangani kontrak lanjjtan selama setahun yang ditawarkan oleh pengurusan pasukan.

Papé Diakité Terengganu
Kredit Foto: Melaka United Football Club

Antara pemain utama yang dikhabarkan sudah meninggalkan pasukan ialah Faisal Halim, Manuel Ott dan Kpah Sherman yang baru-baru ini dikaitkan dengan pasukan Sri Pahang.

Musim hadapan, Terengganu bakal mendapat sentuhan dari Croatia apabila secara rasminya telah mengumumkan pelantikan Tomislav Steinbrückner sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Nafuzi.

Steinbruckner nyata tidak asing dengan skuad Terengganu kerana beliau sebelum ini pernah berkhidmat selaku Pengarah Teknikal pasukan pada bulan Mac lalu. Malah pada tahun 2015, beliau juga merupakan Ketua Jurulatih T-Team. Tomislav telah memeterai perjanjian selama satu musim untuk bersama pasukan dimana kontraknya akan tamat pada 31 Disember 2023.

“Semestinya cabaran untuk mengendalikan pasukan Terengganu adalah besar kerana pasukan ini mengakhiri saingan Liga Malaysia dengan rekod yang baik dan semestinya pihak pengurusan kelab serta para penyokong ingin melihatkan rekod yang lebih cemerlang dapat dicapai bagi saingan musim 2023.”

“Namun beliau mengambil tanggungjawab ini dan bersedia untuk memberikan khidmat terbaik untuk kelab ini. Semoga Tomislav berjaya membawa kejuaraan buat Terengganu FC bagi musim 2023!,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Terengganu FC.