Dalam perlawanan bola sepak, kita sering menyaksikan seorang pengadil keempat mengangkat papan tanda bernombor sebagai mesej pertukaran pemain atau menunjukkan tempoh masa tambahan yang dibenarkan.

Namun, juara Liga Super 6 kali iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menampilkan kelainan apabila bakal menggunakan papan bernombor elektronik tajaan pengeluar jam tangan mewah dari Switzerland, Hublot di Stadium Sultan Ibrahim mulai musim 2020.

Perkembangan itu didedahkan oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim melalui paparan di laman instagramnya.

Hublot sebelum ini pernah menjadi penjaga masa rasmi untuk kejohanan Piala Dunia 2014. Jenama tersebut telah terlibat dalam sukan bola sepak sejak tahun 2006.

hublot-watch-referee-world-cup-2014-extra-time-substitute
FOTO: Soccer Politics

Selain itu, Hublot juga merupakan jam tangan dan penjaga masa rasmi buat skuad harimau selatan itu sejak tahun lalu. Mereka pernah melancarkan kempen pertama dengan menampilkan pemain-pemain utama JDT bergaya bersama jam tangan mewah tersebut iaitu jenama jam tangan pilihan pemain bola sepak profesional.

”Hublot bukan sahaja jenama jam tangan paling dihormati di dunia, tetapi reputasi untuk kecemerlangan dan inovasi menjadikan mereka penaja yang sesuai dan menarik untuk JDT.

”Ia juga menjadi daya penggerak dalam mempromosikan bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” kata Tunku Ismail ketika pengumuman kerjasama dengan jenama tersebut pada bulan September 2019.

C6873681-5008-42D2-BC6E-ED88375E44C7
FOTO: MalaysiaGazette

Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim akan diadakan pada 22 Februari ini dihadapan ribuan penyokong skuad Harimau Selatan.

Lagi artikel menarik mengenai Stadium Sultan Ibrahim melalui pautan dibawah.

Stadium Sultan Ibrahim Antara 3 Buah Stadium Dirantau Asia Tenggara Guna Rumput Zeon Zoysia

Status Stadium Sultan Ibrahim Diketahui Selepas FAM Jalankan Pemeriksaan

TMJ Bercita-Cita Jadikan Stadium Sultan Ibrahim Nombor Satu Di Asia Tenggara