Di Malaysia ketika ini, berita perpindahan Akhyar Rashid dari Kedah FA ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya panas terutama mengenai jumlah pampasan latihan atau pembangunan yang diterima oleh pasukan Kedah FA dilihat sebagai kurang berbaloi.

Namun disini kami tidak mahu untuk melanjutkan lagi mengenai berita itu, tetapi ingin menceritakan berkenaan Pampasan Latihan Dan Sumbangan Solidariti Dari Perpindahan 2 Pemain beberapa tahun lalu.

2 pemain tersebut adalah Shinji Kagawa yang berpindah ke Borrussia Dortmund dari Cerezo Osaka dan Shinji Okazaki dari FSV Mainz ke Leicester City FC.

Kisah Perpindahan Shinji Kagawa Ke Borussia Dortmund

Menurut sebuah laman web Jepun – Sakka Dake Jyanai!, perpindahan Shinji Kagawa dari Cerezo Osaka ke Bundesliga bersama Borussia Dortmund mempunyai kisah berkaitan yuran perpindahan dan juga pampasan pembangunan/latihan.

Ramai yang mengetahui perpindahan itu bernilai €350,000 yang dibayar oleh Borussia Dortmund kepada Cerezo Osaka. Tetapi, laman web itu mendedahkan bahawa sebenarnya ia bukan yuran perpindahan dengan nilai tersebut!

799542_gallery_0_0

Sebaliknya, yuran perpindahan adalah 0 dan pampasan pembangunan/latihan yang bernilai €350,000 atau sekitar ¥40,000,000 sebagai bayaran mendidik Shinji Kagawa sehingga mencapai tahap untuk diambil bermain bersama mereka di eropah.

¥40,000,000 adalah sekitar RM1,500,000 dan dikenali sebagai 育成補償 Ikusei Hoshokin.

Pecahan Bayaran Perpindahan Shinji Okazaki Ke Leicester City

Bekas pemain Shimizu S Pulse, Shinji Okazaki ketika bersetuju untuk menyertai Leicester City dari Mainz pula tidak kurang menarik perhatian jika diselidik.

Sakka Dake Jyanai! mendedahkan bahawa yuran perpindahan ke Leicester City adalah berjumlah ¥1.3 billion atau RM49 juta.

okazaki-16-9-lc7412-007280-2509135

Dari jumlah tersebut, sebanyak 5% atau ¥65 juta telah diambil yang dikenali ’Solidarity Contribution’ atau dalam bahasa Jepun ‘連帯貢献金’ Rentai Kokenkin.

Rentai Kokenkin ini akan diberikan kepada kelab-kelab yang pernah memiliki Shinji Okazaki dari usia 12 tahun hingga 23 tahun. Dalam tempoh itu, Shinji Okazaki telah beraksi untuk 3 pasukan iaitu;

  1. Takarazuka FC: Umur 12 hingga 15 tahun.
  2. Takigawa Daini High School: Umur 16 hingga 18 tahun
  3. Shimizu S Pulse: Umur 19 hingga 23 tahun

Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh FIFA – muka surat 38, menyatakan bahawa Solidarity Contribution adalah sebanyak 5% dari jumlah yuran perpindahan pemain. Ini tidak termasuk ‘Training Compensation’ – muka surat 34.

Screenshot 2018-12-29 at 11.43.45 PM

Berdasarkan perkara ini, kelab-kelab yang diwakili oleh Shinji Okazaki telah menerima Solidarity Contribution sebanyak;

  1. Takarazuka FC: ¥13,200,000 / RM497,086.45
  2. Takigawa Daini High School: ¥19,800,000 / RM745,629.68
  3. Shimizu S Pulse: ¥33,000,000 / RM1,242,716.13

Takarazuka FC dan Takigawa Daini High School merupakan 2 pasukan yang paling gembira menerima wang ini kerana dapat membantu mereka dalam membangunkan pemain-pemain muda lain serta menambah baik fasiliti bola sepak untuk menghasilkan pemain muda yang lebih berkualiti.

Sumber