Pemain berdarah kacukan Malaysia-Sweden, Junior Eldstal mendapat pujian daripada para penyokong Chonburi FC apabila mampamerkan prestasi cemerlang pada perlawanan Thai League menentang Sukhothai FC yang berakhir keputusan seri tanpa jaringan kelmarin.

Malah, beliau juga dipilih sebagai ‘Man Of The Match’ kerana memainkan peranan utama dalam memastikan pasukan itu tidak tewas di halaman sendiri sekaligus memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Secara keseluruhan, Junior kini telah beraksi dalam 11 perlawanan dan kerap berada dalam kesebelasan utama sejak menyertai pasukan itu pada bulan lepas.

Perkembangan itu turut melegakan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang merancang untuk menyenaraikan namanya bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan Jun nanti.

Ketika ini, pemain yang berusia 30 tahun itu tidak dapat dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan kerana terikat dengan peraturan ketat kerajaan untuk proses kuarantin yang akan memakan masa selama dua minggu.

Liga Thailand merupakan pentas untuk Junior Eldstal meningkatkan tahap kecergasan dan mengembalikan semula prestasi terbaiknya seperti dulu.

“Junior teringin nak bermain untuk negara dan paling penting dia telah beraksi dalam banyak perlawanan dan berada dalam kesebelasan utama skuad Chonburi. Ini sesuatu yang positif yang mana bermaksud dia masih mempunyai sesuatu,” jelas Cheng Hoe.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Thailand yang pernah ditulis oleh Vocket FC sebelum ini.

FA Thailand Mahu Anjur Liga U21 Mulai 2021, Platform Akira Nishino Pantau Pemain Generasi Baharu

FA Thailand Dedahkan Mereka Miliki 39 Jurulatih Yang Memegang Lesen PRO, 120 Orang Lagi Berstatus Lesen A

RASMI: FA Thailand Umumkan Warrix Sebagai Pembekal Kelengkapan Skuad Kebangsaan Sehingga 2028