Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi mengesahkan pihaknya telah menerima tawaran daripada Palestin untuk mengadakan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Gaza pada 21 Mac 2020.

Katanya dalam Stadium Astro, faktor keselamatan menjadi keutamaaan dan FAM juga sedang menunggu jawapan daripada 5 negara lain mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi UAE dan Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Hanya Palestin memberikan maklum balas kepada kami, namun FAM akan menilai terlebih dahulu bagi memilih aksi pemanas badan skuad negara sebelum berdepan UAE,” katanya.

Penaja
FOTO: Malaymail

Skuad Harimau Malaya kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand sekaligus menghidupkan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Oleh sebab itu, FAM mahu memastikan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu lebih bersedia dari segi fizikal dan mental kerana baki 3 perlawanan yang akan datang pasti lebih sukar dan menghadirkan tentangan sengit.

“Idea beliau (Tan Cheng Hoe) adalah untuk mengadakan perlawanan di rantau itu supaya barisan pemain lebih bersedia dari segenap aspek bila berlawan dengan UAE. Di FAM fokus kita adalah macam mana untuk mempersiapkan pasukan kita berdepan dua perlawanan bulan Mac depan.

“Kalau satu perlawanan (persahabatan) tidak cukup, beliau mahukan dua, kita akan beri dua perlawanan.

“Kami mempunyai peluang terbaik dan enggan melepaskannya dan berharap untuk melepasi sasaran,” kata Yusoff lagi.

Malaysia dijadualkan bertemu UAE pada 26 Mac 2020 di lokasi yang akan ditentukan kemudian sama ada Dubai atau Abu Dhabi dan kemudian bertemu pendahulu kumpulan, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Syarikat Mobile Games Jepun Lengkapkan Pembelian 70% Saham Kelab Divisyen 2 Portugal – UD Oliveirense

SC Heerenveen Tidak Benarkan Doan Van Hau Beraksi Untuk Vietnam Dalam AFC U23 Championship 2020

Firza Andika Intai Peluang Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Depan

Sumber