Express UK melaporkan UEFA berpotensi untuk kalah di mahkamah kepada gagasan European Super League (ESL). UEFA kini mengancam mahu mengambil tindakan tegas kepada gagasan ESL kerana mencabuli pertandingan UEFA.

Gagasan ESL yang terdiri daripada 12 pasukan sebagai pendiri kepada ESL mahu berjumpa dengan wakil UEFA pada pertengahan minggu ini.

Ceferin: ESL adalah haram!

UEFA menerusi presidennya, Aleksandr Ceferin mengesahkan bahawa pasukan yang bertanding dalam ESL akan diharamkan daripada pertandingan domestik serta UCL dan UEL. Manakala mana mana pemain yang bermain dalam ESL akan dilarang dalam perlawanan antarabangsa UEFA serta piala dunia sekalipun.

Peguam sukan terkemuka, Mark Oth berkata, UEFA tidak boleh terlalu yakin mereka akan menang ke atas ESL. Dan menganggap ESL ada kes yang kukuh untuk mencabar UEFA walaupun UEFA mahu menggunakan dasar polisi pekerjaan EU.

Orth berkata: “Pada pandangan saya, mereka [ESL] ada kes yang kukuh. Mahkamah adalah tempat terbaik untuk menyelesaikan kes ini, mereka ada peluang yang bagus untuk menang. Ada juga prospek yang bagus untuk memulakan ESL oleh kelab kelab terlibat.”

Tsjalle van der Burg, profesor di University of Twente di Belanda menyatakan, ESL adalah salah di sisi perspektif dasar persaingan Eropah kerana kelab bola sepak bersaing sesama mereka untuk konsumer termasuk pengunjung ke stadium, menarik tontonan di televisyen, pembeli barangan cendera mata dan sebagainya.

ESL dianggap mewujudkan persaingan yang tak adil kepada bola sepak.

Orth berpendapat, dalam EU sendiri ada akta persaingan yang secara tak langsung diwujudkan untuk menyelesaikan pertikaian sebegini.

Oleh sebab itu Orth tetap yakin bahawa ESL akan berpeluang besar menang kes. Kerana mahkamah EU sebelum ini sudah mengendalikan 2 kes serupa dalam sukan lain.

Kajian kes

Pertamanya, mahkamah EU menolak tuntutan oleh Kesatuan Papan Luncur Antarabangsa yang mahu menghalang atlet daripada bertanding dalam pertandingan baharu yang diwujudkan yang menawarkan hadiah kemenangan lebih besar.

Pada januari, mahkamah di Jerman menolak tuntutan kesatuan gusti Jerman yang mahu melarang pertandingan baharu yang diwujudkan oleh organisasi lain.

Orth menegaskan: “Jika pihak yang memonopoli dibenarkan untuk menghalang pertandingan generasi baharu yang mahu diwujudkan, maka kamu tidak perlukan akta persaingan sama sekali.”

“Jadi, apabila ada akta sedemikian, ianya mengalu alukan peluang kepada pasaran terbuka.”

Orth: ESL boleh menang!

Walaupun ESL belum mengumumkan akan mengheret kes ini ke mahkamah, Orth merasakan kes itu akan dibawa ke mahkamah tinggi di London atau Itali. Walaupun UK meninggalkan kesatuan EU, perundangan tentang pekerja pekerja dari kesatuan EU di negara itu masih tidak berubah.

Pemerhati juga menyatakan UEFA akan mengajukan 2 bantahan ke atas ESL di mahkamah. Pertamanya, untuk meminta mahkamah mengharamkan penubuhan ESL. Dan yang kedua, jika itu gagal, mereka akan mencabar ancaman daripada ESL kepada UEFA. Namun Orth meramalkan kedua dua kes itu tidak akan dimenangi UEFA sama sekali berdasarkan akta persaingan yang ada.

Liga Super Eropah adalah pertandingan yang akan menghimpunkan 20 pasukan. 15 pasukan yang menjadi pengasas kepada liga ini akan diberikan jaminan beraksi setiap musim – kebal daripada penyingkiran.

Manakala 5 lagi adalah atas tiket jemputan berdasrkan merit prestasi mereka di peringkat domestik. Sebagai permulaan, ESL dilaporkan memberikan geran sehingga £310 juta kepada setiap pasukan yang melibatkan sekurang kurang £3.5 billion.

Perbincangan tentang ESL ini masih panas dan banyak bantahan diterima daripada penyokong dan juga persatuan bola sepak kebangsaan.

Aleksandr Ceferin menyifatkan usaha ‘puak pemisah’ ini sebagai memalukan dan seolah olah meludah ke muka semua peminat bola sepak. Selain itu, FIFA juga menyatakan pendiriannya menentang penubuhan ESL. FIFA menasihatkan UEFA dan ESL kekal tenang dan cuba mencari penyelesaian dengan cara berbincang demi kebaikan bola sepak sejagat.

Cara terbaik adalah mencari solusi untuk semua dan mereformasi semula pertandingan seperti UCL.

Baca juga artikel:

Apa Itu Liga Super Eropah, Liga ‘Haram’ Yang Ditentang FIFA Dan UEFA

Ramalan Wenger Benar Belaka

Piala FA: Taktikal Tuchel Membuatkan City Hilang Kreativiti Di ‘Final Third’