Seorang profesor berasal dari Jerman yang dikenali dengan nama Philipp Gartner mendedahkan fakta dari kajian beliau berkaitan dengan jumlah padang bola sepak yang ada di negara-negara eropah.

Philipp Gartner melalui laman sosial Twitter beliau telah mengeluarkan senarai 13 negara di eropah yang mempunyai bilangan padang bola sepak yang paling banyak.

Jika dilihat dari 13 buah negara ini sahaja pun sudah ada sebanyak 176,580 buah padang bola sepak yang sedia digunakan, dan menurut Philipp Gatner lagi secara keseluruhannya di semua negara eropah memiliki sekitar 214,000 buah padang bola sepak!

Data yang dikemaskini pada tarikh 11 Mac 2019 itu mendedahkan bahawa Jerman adalah negara paling banyak mempunyai padang bola sepak di eropah khususnya dengan 45,630 buah padang berjaya diplotkan dalam peta dengan titik-titik merah.

Setiap titik merah itu mewakili 1 buah padang yang berjaya dikesan oleh satelit melalui aplikasi OpenStreetMap seperti dalam gambar dibawah untuk melihat dengan lebih jelas.

Perancis yang berada ditempat ke-2 dalam senarai itu dengan jumlah 32,082 buah padang bola sepak dan kita dapat lihat perbezaan lebih 10,000 buah padang jika dibandingkan dengan Jerman.

Manakala, England yang mempunyai ramai peminat kelab bola sepak mereka di Malaysia pula berada ditempat ke-4 dibelakang Jerman, Perancis dan Italy dengan 14,307 buah padang sahaja, jauh ditinggalkan oleh Jerman.

EPDZhnLUYAAZ_yV

Disini kita dapat satu mesej penting bahawa bilangan padang yang ada mampu membentuk satu budaya bola sepak dikalangan masyarakat dan seterusnya mampu untuk membentuk satu ekosistem yang lebih baik untuk pembangunan bola sepak negara.

Sebagai contoh, dikawasan Lembah Kelang, semakin ramai komuniti terlibat dengan aktiviti bola sepak samada secara rekreasi atau pun amatur dan perkembangan ini semakin rancak saban tahun.

Namun, kekurangan padang yang ada untuk cater permintaan ini mampu memperlahankan perkembangan ke tahap seterusnya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

AFC Club Ranking: JDT Berada Dalam Top 50 Kelab Bola Sepak Terbaik Di Asia Dan Ke-6 Di Rantau ASEAN

AFC MA Ranking: Kedah FA Mula Menyumbangkan Mata Untuk MA Ranking Malaysia

Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi