Nigeria Profesional Football League (NPFL) beberapa hari yang lalu telah mendapati bahawa pengurus kelab Narasawa United, Solomon Babanja bersalah kerana memakai jersi pasukan luar negara ketika melakukan tugasan rasmi bersama pasukan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, NPFL melihat perkara itu telah melanggar kod C1.4 yang terkandung dalam peraturan NPFL dimana ia menyatakan bahawa pegawai-pegawai pasukan perlu memakai pakaian yang bersesuaian dengan jenama kelab, korporat atau baju rasmi kelab.

Menurut beberapa laporan media, Solomon Babanja telah diberikan amaran dan peringatan oleh NPFL untuk memberikan contoh yang positif kepada pemain dan lain-lain seperti yang terkandung dalam ‘Code of Conduct’ pengurus dan jurulatih pasukan.

Nota: Solomon Babanaja sebenarnya telah memakai jersi away kelab Nantes yang beraksi dalam saingan Ligue 1 di Perancis.

Ketua jurulatih Katsina United, Baldwin Bazuaye juga turut dikenakan tuduhan dan hukuman yang sama kerana telah memakai seluar jeans koyak ketika perlawanan liga di Nigeria.

Mungkin ada yang melihat isu ini sebagai satu perkara yang kecil atau remeh, namun dari sudut profesionalism dalam industri bola sepak dan hormat kepada kelab, ia boleh dikatakan sebagai satu kesalahan berat sebenarnya.

Perkara-perkara kecil sebegini mampu untuk membentuk satu tahap disiplin yang lebih besar untuk kemajuan bola sepak jika diperhatikan dari satu perspektif yang tidak ramai nampak.

Sama-sama kita berusaha untuk kemajuan bola sepak Malaysia!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Amirizdwan Taj: Daripada ‘Striker’ Kolej Perindu UiTM Shah Alam Hingga Dipanggil Datuk K Rajagobal

Malaysia Berisiko Terlepas Slot Automatik AFC Champions League Jika Gagal ‘Perform’ Diperingkat Asia 2021

Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United

Sumber