Seorang saudagar di Arab Saudi sanggup membayar jutaan ringgit untuk bertentang mata sendiri dengan Cristiano Ronaldo dan Messi.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dianggap sebagai dua pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman ataupun GOAT.

Mereka akhirnya bertemu kembali di Arab Saudi dalam satu aksi persahabatan.

Penganjur perlawanan telah mengadakan bidaan untuk peminat membeli tiket VIP khas bagi bertemu dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo secara dekat.

Penganjur mengesahkan bagawa seorang saudagar hartanah Arab Saudi dilaporkan membayar $2.6 juta ataupun sekitar RM11.14 juta untuk tiket VIP tersebut yang membolehkannya bertemu sendiri dengan Messi dan Ronaldo secara dekat.

Aksi persahabatan itu diadakan di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh pada Khamis. Ia juga menandakan debut tidak rasmi (bukan aksi kompetitif) Ronaldo dalam Liga Pro Saudi.

Untuk aksi menentang Al Nassr di peringkat domestik, debutnya masih ditangguhkan kerana penggantungan 2 perlawanan yang dibawanya dari England.

Ronaldo, 37, yang menandatangani kontrak dengan Al Nassr lewat bulan lalu dengan kontrak bernilai €200 juta semusim.

Untuk membina keterujaan untuk perlawanan itu, Pihak Berkuasa Am Dan Hiburan Arab Saudi,  Turki al-Sheikh mengumumkan lelongan amal untuk tiket “Beyond Imagination”.

Tiket ini akan membolehkan peminat yang menang menghadiri majlis perasmian, mengakses bilik persalinan pasukan, dan bertemu pemain seperti Ronaldo, Messi, dan Kylian Mbappé dari PSG.

Pembidaan untuk tiket “Beyond Imagination” dilaporkan bermula pada 1 juta riyal Saudi ($266,000) sebelum ditutup pada 10 juta riyal ($2.6 juta).

Sekaligus menjadikannya sebagai tiket bola sepak paling mahal dalam sejarah dan dimasukkan dalam Guiness Record.

Lelaki yang memenangi tiket VIP itu menyatakan bahawa, mungkin bagi sesetengah orang jumlah $2.6 juta itu sangat mahal namun tidak baginya.

Menurut al-Sheikh, hasil pembelian tiket itu, akan disalurkan kepada badan amal Saudi iaitu Ehsan.