Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang mendedahkan pasukannya tidak akan menjalani latihan pra musim di luar negara berikutan penularan wabak Coronavirus yang telah meragut beberapa nyawa sejak minggu lalu.

Beliau berkata dalam Arena Metro, perancangan itu ada tetapi terpaksa menangguhkannya demi keselamatan pemain.

“Pada masa sama pihak berkuasa tidak menggalakkan rakyat negara ini ke luar negara bagi mengelak dijangkiti wabak terbabit.

“Atas sebab itu pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menangguhkan sementara perancangan untuk memastikan pemain tidak terdedah atau dijangkiti wabak itu.

“Jika diikutkan perancangan kita akan ke luar negara awal Februari tapi demi menjamin keselamatan dari segi kesihatan, kita menangguhkannya,” katanya.

81876410_2808956795831663_5657161988342546432_o

FOTO: Pahang FA

Pahang merupakan pasukan kedua Liga Super yang tidak ke luar negara selepas Selangor yang turut membatalkan hasrat untuk menyertai kejohanan jemputan Piala Meizhou Hakka di China.

“Tindakan Selangor yang tidak menyertai aksi pramusim di luar negara adalah langkah tepat dan begitu juga Pahang yang tidak mahu sebarang kemungkinan berlaku,” tambah Suffian.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi musim baharu, Suffian mengesahkan dua pemain import iaitu Ivan Carlos dari Brazil dan Adam Reed dari Filipina akan menyarung jersi skuad Tok Gajah.

Dengan pengalaman dimiliki kedua-dua pemain ini ia akan memperkemaskan lagi jentera pasukan terutama di bahagian serangan dan tengah.

“Mereka sudah berada di sini dan mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan diharapkan segalanya berjalan lancar,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Pahang melalui pautan dibawah.

RASMI: S. Kumaahran Dan Fazly Mazlan Dipinjamkan Ke Pahang

Liga Malaysia 2020: Dollah Salleh Sedang Bentuk Skuad Pahang Yang Lebih Mantap

Laman Twitter Rasmi Digodam, Media Pahang FA Buat Laporan Kepada Pihak Berkuasa

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group