Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa hari lalu, badan pengendali liga iaitu Malaysian Football League (MFL) mengumumkan Liga Malaysia 2020 bakal kembali bersambung pada 26 Ogos depan selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu disebabkan wabak pandemik COVID-19.

Keputusan tarikh perlawanan itu dicapai menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas menilai banyak faktor termasuk tempoh persiapan pasukan-pasukan bertanding dalam memastikan kualiti Liga Malaysia lebih kompetitif dan berkualiti.

Tarikh pengesahan itu turut melegakan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang tidak mempunyai masalah apabila liga diawalkan daripada tarikh cadangan daripada MFL sebelum ini.

Katanya dalam Bernama, pasukannya kini sedang membuat persiapan rapi dan para pemain Tok Gajah mula mendapat sentuhan selepas berehat selama hampir 5 bulan.

“Tak banyak beza…26 Ogos dengan 1 Sept. Bagi saya okey, yang penting kita sudah tahu kita mempunyai sebulan lebih untuk melakukan persiapan rapi.

“Pemain semua tidak cergas dan kelihatan sedikit bergelut dalam latihan ketika minggu pertama latihan berpasukan tetapi nampak perubahan dan pemain mula dapat sentuhan masing-masing pada minggu kedua,” katanya.

109063672_3251242324936439_2212099671870425575_n

Skuad Pahang giat men jalani latihan sejak minggu lalu. FOTO: Pahang FA

Selepas empat perlawanan, Pahang kini berada di kedudukan ketiga Liga Super dengan mengumpul enam mata hasil daripada dua kemenangan ke atas Melaka United dan Sabah.

Namun sesi latihan Pahang setakat ini diteruskan tanpa khidmat dua lagi pemain import iaitu Khalil Khamis (Lubnan) dan Adam Reed (Filipina) yang masih berada di luar negara.

Menurut kenyataan pengurus Tok Gajah dalam Arena Metro, Datuk Mohammed Sufian berkata Khalil Khamis berdepan masalah untuk pulang ke Malaysia kerana sekatan perjalanan oleh negaranya.

“Pada masa sama, kerajaan Lubnan masih tidak membenarkan warganegaranya untuk keluar dari negaranya dalam usaha membendung penularan wabak pandemik itu.

“Setakat ini, kita tetap memantau perkembangan Khalil dan memastikan dia tetap berlatih untuk mengekalkan tahap kecergasan sebaik dibenarkan kembali ke negara ini,” katanya.

Manakala Adam Reed sudah mengikut prosedur operasi standard (SOP) di negaranya termasuk melakukan ujian calit sebelum dibenarkan kembali ke Malaysia.

“Kita harapkan bukan sahaja Reed akan kembali bersama pasukan secepat mungkin, malah Khalil juga dapat bersama sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula nanti.

“Diharapkan mereka berdua berada pada prestasi terbaik terutama mengekalkan tahap kesihatan,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Takefusa Kubo Ucap Terima Kasih Kepada Mallorca, Minta Maaf Gagal Bantu Kelab Kekal Di La Liga

Pemain Keturunan Indonesia Bakal Beraksi Di Liga Perdana Inggeris Musim Depan

Pengerusi Port FC, Madame Pang Berminat Dapatkan Diogo Luis Santo

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group