Menjelang perlawanan peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia 2019 berdepan pasukan Kedah, Pahang mungkin tidak dapat menurunkan pemain tengah mereka, Nor Azam Azih yang masih lagi dalam tempoh pemulihan daripada kecederaan.

Azam mengalami kecederaan lutut yang turut menyebabkan beliau tidak diturunkan pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang pasukan Vietnam Khamis lalu.

Pahang
Sumber Gambar: FAM

Menurut penolong ketua jurulatih pasukan, Ahmad Shaharuddin Rosdi, kecederaan yang dialami Azam menampilkan perkembangan positif namun pemain itu masih tidak pasti sama ada boleh diturunkan ataupun tidak.

“Nor Azam masih belum menyertai latihan bersama pasukan bersama tiga pemain lain iaitu Muslim, Zuhair Aizat dan Faisal.

“Saya jangkakan tempoh baki seminggu lagi sebelum aksi separuh akhir pertama mereka akan kembali bersama pasukan.

“Khidmat mereka amat ditagih untuk memantapkan jentera pasukan di bahagian tengah dan pertahanan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pahang
Sumber Gambar: Pahang FA

Selain Azam, tiga lagi pemain Pahang iaitu Muslim Ahmad, Zuhair Aizat Mohd Nazri dan Faisal Halim turut mengalami kecederaan dan perkara ini semestinya menjadi satu tamparan untuk ketua jurulatih, Dollah Salleh.

Perlawanan separuh akhir pertama akan berlangsung pada 19 Oktober ini dimana Pahang akan berkunjung ke Stadium Darul Aman.

Baca artikel lain mengenai pasukan Pahang di sini:

Bekas Pemain Pahang, R. Gopinathan Sah Peluk Islam

Piala Malaysia 2019: Tiket ‘Online’ Kedah Menentang Pahang Sudah Habis Dijual