Pasukan Pahang sah mendapatkan khidmat penyerang dari Argentina, Sergio Aguero bagi memperkuatkan jentera serangan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Aguero menjadi pemain baharu pertama yang dibawa masuk oleh Pahang bagi menghadapi saingan musim 2021.

Sergio Aguero bukanlah satu nama yang asing dalam saingan Liga Malaysia dimana sebelum ini beliau pernah beraksi bersama beberapa pasukan Liga Super dan juga Liga Perdana.

Aguero pernah beraksi bersama Melaka United pada 2017 dan beliau kemudiannya berhijrah ke Selangor United pada musim berikutnya.

Pada saingan musim 2019, Aguero beraksi bersama Pulau Pinang. Musim 2020 menyaksikan pemain berusia 24 tahun itu beraksi dalam saingan Liga M3 bersama Kuala Lumpur Rovers.

Akan tetapi, Aguero tidak sempat untuk menampilkan persembahan beliau bersama KL Rovers apabila saingan Liga M3 dibatalkan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Diogo Luis Santo: JDT Dan Malaysia Ada Tempat Istimewa Dihati, Rakam Ucapan Terima Kasih Kepada TMJ

RASMI: Lee Tuck Tinggalkan Terengganu FC

Selepas 5 Tahun, Rozaimi Sah Tinggalkan JDT

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group