Pahang menjadi pasukan baharu yang mengalami Isu tunggakan gaji ketika saingan Liga Malaysia musim 2020 dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Menurut laporan Harian Metro, pemain dan pegawai pasukan skuad Tok Gajah hanya menerima sebulan gaji sejak bulan Februari lalu.

Pahang
FOTO: PAHANG FA

“Pemain dan pegawai sukan hanya memendam saja perkara terbabit dan sehingga kini mengharapkan pengurusan dapat menyelesaikan masalah terbabit secepat mungkin.

“Melihat situasi semasa dengan Liga Malaysia (Liga M) masih lagi tidak boleh dijalankan dalam masa terdekat menyebabkan keadaan skuad Tok Gajah dilihat semakin goyah dan tidak mustahil ramai pemain berstatus bintang akan lari meninggalkan pasukan,” kata sumber yang memberitahu Harian Metro.

Juara Piala FA 2018 itu menyertai Melaka United, Kelantan dan Kedah yang menghadapi isu tunggakan gaji ketika saingan Liga Malaysia dihentikan.

Pahang
Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dicabar Tristan Do. Sumber Gambar: Changsuek

Tambah sumber terbabit, waikil daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) ada mengemukakan tawaran dan telah mengadakan perbincangan dengan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

“Dikhabarkan Sumareh mungkin meninggalkan Pahang namun bukannya disebabkan tamat kontrak bersama skuad Tok Gajah tapi lebih kepada masalah pembayaran gaji yang dilihat membelenggu mereka,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai pasukan Liga Malaysia yang menghadapi Isu tunggakan gaji di sini:

Indah Khabar Dari Rupa, KFA Masih Belum Bayar Tunggakan Gaji Pemain?

Enam Lagi Kes FIFA Sedang Menanti Pasukan Kelantan Membabitkan Tunggakan Gaji Lebih RM1.5 Juta

MUSA Lunaskan Tunggakan Gaji Pemain Bagi Bulan Februari