Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam telah mengumumkan status pelesenan kelab untuk membolehkan mereka beraksi dalam saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim depan.

Sebanyak 13 pasukan telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Malaysia musim depan. 3 daripada 13 pasukan tersebut merupakan pasukan daripada Liga Premier.

13 pasukan tersebut adalah Felda United FC, UiTM FC, Johor Darul Ta’zim FC, Kedah FA, PDRM FA, Perak FA, Petaling Jaya City FC, Sabah FA, Selangor FA dan Terengganu FC, Kelantan United, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan

Menurut kenyataan daripada Pengerusi FIB Pelesenan Kelab FAM, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, baki pasukan yang lain telah diberi lesen kelab kebangsaan tetapi dengan bersyarat kerana mereka perlu melengkapkan beberapa dokumen yang diperlukan oleh FAM sebelum 31 Oktober 2020.

Lebih mengejutkan, FAM turut mengumumkan hanya sembilan daripada 20 pasukan CIMB Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020 telah memohon untuk lesen AFC bagi musim 2021.

Namun, hanya lapan pasukan yang telah lulus dan diberikan lesen AFC untuk membolehkan pasukan-pasukan ini beraksi dalam saingan AFC Champions League 2021 dan AFC Cup 2021 jika layak.

8 pasukan yang diberi lesen AFC ialah:

  • Johor Darul Ta’zim (JDT)
  • Perak
  • Selangor
  • Terengganu FC
  • Felda United
  • Petaling Jaya City
  • Kedah
  • Kuala Lumpur

11 pasukan yang tidak memohon lesen AFC ialah:

  • Pahang
  • Sabah
  • UiTM FC
  • PDRM
  • Kelantan
  • Kelantan United
  • Negeri Sembilan
  • Pulau Pinang
  • Kuching FA
  • UKM FC
  • Sarawak United

Pada tahun 2017, FAM melarang Pahang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun selepas enggan mewakili negara ke pertandingan AFC.

Larangan itu membabitkan permohonan 2018 dan 2019 sekali gus menyaksikan skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Piala AFC 2019 dan 2020. Bagaimanapun, mereka masih boleh memohon untuk musim 2021 dan seterusnya.

Lesen Kebangsaan dan lesen AFC ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2021 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2020 atau dalam apa juga keadaan yang menyebabkan pengeluar lesen (FAM) tidak berpuas hati, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

FELDA United Sah Tarik Diri Daripada Liga Malaysia

38% Syarikat Kelab Liga Super Dan Liga Premier Masih Lagi ‘Dipegang’ Oleh Persatuan Bola Sepak Negeri

Kuching City FC Lakar Sejarah Layak Ke Piala Malaysia 2020 Buat Kali Pertama