Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) telah dilancarkan secara rasmi semalam. Ia merupakan stadium baharu Indonesia yang berkelas dunia dengan kapasiti sebanyak 82,000.

Acara pembukaan stadium tersebut turut diserikan dengan perlawanan persahabatan diantara Persija Jakarta menentang kelab dari Thailand, Chonburi FC. Perlawanan itu berlangsung sengit dan kedua-dua pasukan saling berbalas gol sehingga berakhir dengan keputusan 3-3.

Bagaimanapun, sebelum perlawanan bermula terdapat satu insiden yang mencuri tumpuan peminat bola sepak Indonesia. Pagar penghadang di kawasan tempat duduk penonton berhampiran gawang gol didapati roboh.

Menurut laporan Tempo, pagar itu tidak cukup kuat untuk menampung jumlah kehadiran penyokong Persija Jakarta yang cukup ramai. Malah, ada di antara mereka memang telah memanjat pagar tersebut untuk memasang sepanduk besar.

Namun begitu, perlawanan tetap diteruskan seperti biasa dengan beberapa pegawal keselamatan terpaksa mengawasi kawasan tersebut untuk mengelakkan penyokong masuk ke dalam padang.

Datuk Bandar Jakarta, Anies Baswesan tidak menyalahkan penyokong Persija Jakarta sebagai punca utama sebaliknya akan memastikan pagar itu diperbaiki dengan segera supaya dapat menampung beban lebih kuat.

β€œSoal pagar, saya rasa kerana semangat yang luar biasa tinggi dan ini adalah kali pertama stadium ini digunakan,” kata Anies, dipetik dalam CNN Indonesia.

“Jadi ini semua sebahagian daripada proses pembelajaran. Nah proses belajar itu akan bertemu dengan segala macam cabaran. Ini adalah salah satu masalah yang perlu dihadapi bersama,” tambahnya.

Stadium Antarabangsa Jakarta ini turut dipilih sebagai venue perlawanan Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) pada tahun depan. Stadium dianggap paling moden di Indonesia dan juga mempunyai fungsi atap bumbung mudah alih yang boleh buka tutup seperti gelanggang Real Madrid iaitu Stadium Santiago Bernabeu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah

Media Korea Selatan Sebut Indonesia Tak Layak Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023

Supachok Perlukan Masa Untuk Sesuaikan Diri Dengan J. League

Hanya 4 Negara Hantar Permohonan Rasmi Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023