Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dikhabarkan mahu membubarkan feeder team iaitu Perak II susulan pasukan utama yang tersingkir ke saingan Liga Premier musim hadapan.

Selain daripada pasukan utama yang bakal beraksi di divisyen kedua, pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohamad menegaskan kos pengurusan yang tinggi menjadi salah satu sebab mengapa pasukan pembangunan itu terpaksa dibubarkan.

Muhammar Yadzan menambah fokus pengurusan pasukan musim depan ialah memastikan Perak beraksi dengan baik dalam saingan Liga Premier sekaligus mencuba untuk kembali ke saingan Liga Super pada musim 2023.

Perak II pada mulanya dikenali sebagai PKNP FC dan muncul sebagai juara saingan Liga FAM pada 2016 sekaligus menyaksikan mereka layak ke Liga Premier setahun kemudian.

PKNP kemudiannya mencipta kejutan apabila berjaya layak ke saingan Liga Super musim 2018 namun tersingkir semula ke Liga Premier pada musim 2020.

Pengelola liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan saingan Liga Premier musim hadapan hanya disertai oleh 10 pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Terjah Dada Lawan, Tolak Pengadil Dan Tumbuk Papan Penggantian, Sharbinee Digantung 5 Perlawanan Serta Denda RM7,000

Nafuzi Impi Bawa Terengganu Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021

Hanya 10 Pasukan Sahaja Bertanding Dalam Liga Premier 2022