Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dikhabarkan bakal menjalani naik taraf apabila rumput sedia ada akan ditukar dengan rumput jenis “zeon zoysia”.

Menurut laporan Stadium Astro, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf padang sedia ada bagi mengelakkan isu permukaan padang berulang pada masa akan datang.

Kos yang diperlukan untuk menaik taraf padang difahamkan sebesar RM10 Juta termasuk dengan penggunaan mesin yang dikhaskan untuk kerja-kerja menjaga rumput ini.

Padang
Sumber Gambar: Malay Mail

“Cadangannya adalah kami akan menukarkan kualiti rumput padang SNBJ kepada zeon zoysia bagi menggantikan cow grass,” kata Ketua Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud.

Rumput jenis “zeon zoysia” merupakan rumput yang digunakan di stadium baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim selain digunakan di Stadium Nasional Singapura dan beberapa stadium di Thailand.

Padang
Aksi Syafiq Ahmad dan Corbin Ong dalam perlawanan bertemu UAE.

Sebelum ini, permukaan padang SNBJ sering menjadi isu utama lebih-lebih lagi ketika perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan dan juga perlawanan akhir saingan liga domestik.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert van Marwijk juga pernah mengkritik permukaan padang Stadium Nasional.

Baca artikel lain mengenai Stadium Nasional Bukit Jalil di sini:

PSM Sahkan 44 Kerusi Di Stadium Nasional Bukit Jalil Rosak Ketika Perlawanan Malaysia-Indonesia

FIFA Jatuhkan Hukuman Denda RM211,560 Keatas FAM Akibat Kekecohan Penyokong Di Stadium Nasional Bukit Jalil