Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan PJ City dikehendaki mendapatkan gelanggang lain bagi saingan Liga Malaysia musim 2020 selepas mendapati Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak boleh digunakan susulan kerja naiktaraf sedang dijalankan di venue berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani menyatakan bahawa, hasil pemeriksaan Stadium MBPJ mendapati keadaan padang tidak berada di tahap terbaik bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Jelas Dato’ Ab Ghani, MFL telah memaklumkan perkara itu melalui surat rasmi kepada Kelab Bolasepak PJ City pada 26 Februari lalu hasil keputusan semakan pemeriksaan Stadium MBPJ pada 25 Februari lalu.

“Keputusan pemeriksaan mendapati padang permainan tidak berada dalam keadaan bersedia serta bilik-bilik persalinan masih berada dalam proses naik taraf dan tidak dapat digunakan.

“Sehubungan dengan itu, pihak MFL memutuskan bahawa Stadium MBPJ tidak boleh digunapakai bagi penganjuran Liga Malaysia bagi musim 2020 sehingga kerja naik taraf itu selesai.

“PJ City telah dimaklumkan perkara ini di mana mereka perlu menamakan venue lain sebagai gelanggang alternatif pada 28 Februari lalu,” katanya.

Sebagai rekod, PJ City dijadualkan menentang Pahang pada aksi kedua CIMB Liga Super di Stadium MBPJ pada 6 Mac ini.

Baca juga artikel lain berkaitan isu stadium di Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Stadium Shah Alam Tidak Boleh Digunakan Bagi Saingan Liga Malaysia Musim 2020

Selangor Berdepan Risiko Tidak Dibenarkan Beraksi Di Stadium Shah Alam Atas Faktor Keselamatan

Stadium Shah Alam Akan Diperiksa Buat Kali Kedua Dalam Minggu Ini, Kerosakan Bumbung Jadi Fokus Utama

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group