Bekas ketua jurulatih Selangor dan skuad B-15 tahun negara, P.Maniam dilantik sebagai pengendali baharu pasukan Petaling Jaya City FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana beliau turut melaporkan P.Maniam bakal menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan dan tidak akan menandatangani pemain import bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Maniam banyak menghabiskan karier kejurulatihannya bersama Selangor dimana beliau pernah mengendalikan skuad B-19 dan B-21 tahun selain menjadi penolong jurulatih skuad utama selama tujuh musim. Pada musim 2017 dan 2018, pengendali berusia itu dilantik sebagai ketua jurulatih.

Hasrat Maniam untuk menggunakan sepenuhnya pemain tempatan disambut baik oleh ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air dimana langkah tersebut bakal membantu lebih ramai pemain tempatan mendapatkan minit bermain.

Posisi serangan yang sinonim diisi oleh pemain import bakal diisi oleh penyerang tempatan sekaligus membantu melahirkan lebih ramai penyerang bagi memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Shakir Hamzah Semakin Hampir Sertai Pasukan Perak

Melaka United Bakal Dibimbing Jurulatih Dari Korea Selatan?

Pulau Pinang Lengkapkan Slot Penjaga Gol, Dapatkan Khidmat Bryan See

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group