Arsenal nampaknya tidak akan menyertakan Mesut Ozil dalam final Piala FA menentang Chelsea di Stadium Wembley pada Sabtu.

Pemain itu malah menghabiskan masa di Turki, menunjukkan bahawa dia tidak akan dimasukkan dalam skuad untuk aksi final Piala FA teratas.

Mesut Ozil menghabiskan beberapa hari terakhir di luar negara.

Beliau dilaporkan antara pemain yang tidak dibenarkan datang ke Wembley kerana menurut peraturan hanya ada 10 pemain yang tidak bermain sahaja yang dapat hadir di stadium.

Ketiadaan Ozil sebenarnya tidak terlalu mengejutkan. Pemain Jerman itu sudah kehilangan tempatnya sejak liga bola sepak di England bersambung.

Malah sepanjang musim ini, di bawah 3 pengurus, Unai Emery, Ljungberg dan Mikel Arteta, beliau terus bergelut untuk meyakinkan mereka untuk menjadi pemain kesebelasan utama.

Arteta sebelum ini menyatakan bahawa Arsenal kekurangan kreativiti, namun masih juga Ozil tidak mampu mendapat tempat di dalam pasukan mereka.

Spekulasi mengenai masa depannya dengan The Gunners terus menjadi persoalan. Dikatakan Ozil antara nama yang mahu dijual oleh Arsenal dalam jendela perpindahan yang akan datang.

Kontrak Ozil di Stadium Emirates hanya tinggal satu tahun sahaja lagi. Beliau kerap dikaitkan dengan Fenerbahce dalam beberapa minggu terakhir ini.

Beberapa kelab MLS juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Ozil.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, cuba menolak khabar angin bahawa beliau mengabaikan Ozil dari rancangannya untuk pasukan. Kenyataan itu dibuat oleh Arteta pada sesi sidang media awal bulan lalu.

“Kadang kala kita harus mencuba pemain yang kita ada pada saat yang tepat, posisi yang tepat untuk dimainkan dan selesa di padang.”

“Sentiasa ada tempat untuk pemain dengan kualiti seperti Ozil,” kata Mikel Arteta mengenai masa depan Mesut Ozil dalam pasukannya.

Ejen kepada Ozil pula menegaskan bahawa pemain itu akan terus kekal di Arsenal sehingga kontrak beliau berakhir.

Masalah utama Arsenal untuk menjual Ozil adalah kerana faktor gaji pemain itu yang terlalu tinggi membuatkan kelab lain tak mampu untuk menampung kos gaji beliau.

Ozil tidak ada tanda tanda mahu menerima pemotongan gaji. Jika Ozil terus kekal pada musim hadapan, adakah beliau sekali lagi menerima gaji £350,000 seminggu hanya dengan menghabiskan kebanyakan masanya di bangku simpanan?

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Bournemouth Mahu Ganti Rugi Daripada EPL Kerana Kesilapan Hawk-Eye

Man United Iklankan Jawatan Kosong Penganalisis Penjaga Gol Kerana De Gea?

Guardiola Akui Cemburu Dengan Semangat Liverpool, Dan Tumpang Gembira Dengan Kejayaan Klopp