Bintang Arsenal yang tersisih telah menimbulkan perdebatan di kalangan peminat bola sepak. Ini selepas beliau mendakwa Fenerbahce sama seperti Real Madrid. Pasukan terbesar di negara masing masing.

Pujian kepada Fenerbahce itu menguatkan lagi rumors bahawa Ozil sudah sedia untuk menyertai kelab Turki tersebut. Di mana laporan daripada media di Turki sebelum ini menyatakan Ozil sedang berunding dengan Fenerbahce untuk kontrak 3 setengah tahun.

Seterusnya Presiden Fenerbahce, Ali Koc sebelum ini menyatakan bahawa mereka hampir untuk membawa Ozil ke kelab mereka.

“Biar saya beritahu kamu perkembangan terkini Mesut Ozil. Kami boleh katakan ia bakal menjadi perpindahan impian oleh Fenerbahce sekiranya direalisasikan.”

“Apa yang boleh saya katakan, ianya lebih hampir daripada sebelumnya. Mungkin dapat diselesaikan, mungkin tidak. Fenerbahce SK akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa.”

Kontrak semasa Ozil akan berakhir pada akhir musim ini. Arsenal pula cuba untuk melepaskan Ozil secepat mungkin.

Dalam sesi soal jawab di Twitter, Ozil berkata: “Saya membesar sebagai peminat Fenerbahce dari kecil di Jerman. Semua kanak kanak Jerman-Turki akan menyokong satu pasukan bola dari Turki, ketika mereka membesar di Jerman. Dan saya sokong Fenerbahce.”

“Fenerbahce sama seperti Real Madrid di Sepanyol, kelab terbsar di negara Turki.”

Pendapat Ozil itu menimbulkan perdebatan. Peminat Barcelona merasakan kelab mereka lebih besar daripada Real Madrid kerana memenang 2 treble dalam sejarah dan satu musim dengan enam piala / sextuple.

Ada juga menyatakan bahawa kelab terbesar di Turki adalah Galatasaray yang ada 22 kejuaraan liga berbanding 19 milik Fenerbahce.

Ditanya sama ada beliau akan meneruskan karier bola sepak selepas Arsenal? Ozil menjawab: “Ya, sudah tentu saya akan meneruskan karier. Ada dua negara yang saya ingin bermain sebelum bersara; Turki dan juga Amerika Syarikat.”

“Jika saya ke Turki saya hanya akan bermain untuk Fenerbahce.”

Baca juga perkembangan lain

Etoo Percaya Ansu Fati Boleh Menjadi Messi Seterusnya

Piala FA: Man United Jumpa Liverpool

Selepas 2 Bulan Michael Oliver Akui Silap, Pickford Patut Kad Merah